Pengguna SUKE Bengang Hotline SUKE Hanya Hiasan

Seorang pengguna Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berang apabila dia cuba menghubungi hotline lebuh raya itu hampir setengah jam semata-mata untuk mendapatkan bantuan namun usahanya hanya sia-sia.
Lelaki itu, Nic Wang berkata, dia menghubungi hotline itu bagi membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam satu kemalangan di susur keluar SUKE di Hulu Langat.
“Saya melihat seorang lelaki yang duduk di atas jalan raya melambai ke arah saya manakala motosikalnya terperosok di bawah divider.
“Memandangkan tiada sesiapa di kawasan, saya memberhentikan kenderaan di tepi jalan. Sebaik mendekatinya, saya dapati dia mengerang kesakitan kerana terdapat luka besar di buku lali,” tulisnya di Facebook.

Mengulas lanjut mengenai kemalangan itu, Nic berkata, dia kemudian cuba mendapatkan t-shirt untuk membalut luka penunggang motosikal berkenaan.
Dia kemudian membantunya membuka topi keledar bagi membolehkan dia bernafas.
“Saya kemudian menghubungi talian 112 namun tidak dijawab dan turut menghubungi talian hotline SUKE di 1300889922, ia juga tidak dijawab.
“Saya kemudian cuba lagi menghubungi hotline SUKE di laman sesawangnya di 0342701540 namun tiada dalam perkhidmatan,”ujarnya.

Gara-gara gagal menghubungi hotline SUKE, dia cuba pula menghubungi talian kecemasan 999 sehingga disambungkan ke talian Hospital Ampang.
Selepas memaklumkan lokasi kejadian, tidak lama kemudian, pasukan paramedik tiba di lokasi.
Menurutnya, dia menghubungi lagi talian hotline SUKE hampir enam kali namun ia tidak dijawab.
“Saya boleh katakan ketibaan ambulans di lokasi agak cepat, mereka cuma mengambil masa 15 minit untuk tiba di lokasi kejadian,”tambahnya.

Di sebalik kejadian itu pengguna SUKE itu cukup kesal dengan tindakan pengurusan SUKE yang tidak menjawab telefon.
"Apa gunanya ada hotline sedangkan tiada sesiapa yang menjawab panggilan itu walaupun saya cuba menghubungi hotline itu hampir 30 minit.
“Kenapa saya hubungi SUKE, ini kerana kawasan itu agak bahaya, sekurang-kurangnya mereka boleh menghantar pasukan kecemasan RONDA dan mengawal kawasan kemalangan itu.
"Lebuh raya PROLINTAS, mungkin ada pekerja yang tidur dalam melaksanakan tugas,” katanya.
Dalam pada itu, dia turut cukup kesal kerana ketika kejadian terdapat tiga kenderaan yang melalui kawasan kemalangan namun dua daripadanya yang berhenti dan melihat sahaja.

"Sebuah keluarga yang menaiki kereta Alphard pula hanya memperlahankan kenderaan dan menurunkan cermin namun sempat bertanya sama ada saya memerlukan bantuan atau tidak.
“Saya kata tidak mengapa, ambulans dalam perjalanan. Hakikatnya, tiada sesiapa yang peduli, sangat mengecewakan dengan sikap orang Malaysia,” katanya.
Apapun di sebalik kejadian ini, harap SUKE tampil membuat penjelasan mengapa talian hotline tidak dijawab.
Apa pula pengalaman anda menggunakan hotline lebuh raya di Malaysia? Kongsikan!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge