PROTON Akan Mulakan Pembangunan NEV Di Tanjung Malim

Pengeluar kereta nasional, Proton mengesahkan bahawa pihaknya akan memulakan pengeluaran barisan kenderaan tenaga baharu (NEV) dalam tempoh terdekat ini.
Perkara itu disahkan Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar ketika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengadakan lawatan ke kilang Zeekr Intelligent di Hangzhou Bay, Ningbo, China baru-baru ini.

Menurut Syed Faisal, beliau cukup gembira untuk mengumumkan bahawa selepas melalui perkongsian perniagaan selama lima tahun, PROTON dan Geely telah mencapai kemajuan yang besar dalam membawa produk, teknologi dan pelaburan baharu ke Malaysia.
“Selepas memeterai Induk Perjanjian (HoA), Automotive High Tech Valley (AHTV) dilihat mempunyai potensi besar untuk menarik pelaburan RM32 bilion.
Lawatan ini menunjukkan perkongsian PROTON dan Geely akan terus berkembang dengan pelaksanaan program NEV. Kami mengakui kepentingan Malaysia menjadi hab serantau bagi produk Kenderaan Generasi Seterusnya (NxGV),” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk itu, menurutnya, PROTON sebagai jenama nasional akan memainkan peranan aktif dalam menyumbang secara signifikan ke arah mencapai matlamat negara.
“Dalam berdaya saing, PROTON dan ekosistem automotif mesti melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta proses pembuatan termaju.
"Dengan pembangunan AHTV yang progresif dan penglibatan berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan terutamanya Kerajaan Malaysia, DRB-HICOM, Kumpulan Geely, PROTON dan ekosistem automotif, matlamat ini dapat dicapai,” tambahnya.
Lawatan ke Ningbo diadakan sehari selepas Forum Perniagaan Malaysia – China diadakan di Beijing untuk pemimpin-pemimpin perniagaan dari kedua-dua negara dan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Acara itu menyaksikan perjanjian HOA dimeterai antara DRB-HICOM dan Geely. Ini bermakna kedua-dua pihak akan melabur, mengurus dan membangunkanAHTV di Tanjung Malim sebagai bandar pintar dan hab NxGV.

AHTV dikatakan mampu menarik pelaburan bernilai sebanyak RM32 billion bagi 10 tahun yang akan datang.
Biarpun, kereta berkuasa enjin pembakaran dalaman tradisional (ICE) kekal sebagai tunjang utama rangkaian model Proton dalam beberapa tahun akan datang, syarikat juga telah menetapkan strategi NEVnya untuk masa terdekat.
Pada masa yang sama, melalui kerjasama dengan Geely, PROTON terus meneroka peluang untuk mempercepatkan program NEV selaras dengan aspirasi kerajaan ke arah meningkatkan daya tarikan NEV terutamanya ke arah menawarkan model NEV yang berpatutan dan praktikal, serta meneruskan pembangunan tempatan dan pembangunan ekosistem NEV di Malaysia.
Langkah pertama yang akan diambil ialah pelancaran Proton X90, iaitu tambahan terbaharu kepada rangkaian SUV jenama yang dikuasakan oleh versi hibrid ringan enjin 1.5 TGDInya.
Ini akan diikuti dengan pengenalan pasaran smart #1 oleh PRO-NET di pasaran Malaysia pada suku keempat 2023.
Selepas lawatan Tengku Zafrul, kini terdapat rancangan untuk memperluaskan rangkaian tawaran dan menyertakan segmen kenderaan yang baharu kepada PROTON.
Pelaburan untuk integrasi teknologi dan teknologi pintar dirancang untuk masa hadapan
Sejak 2018 dengan sokongan daripada DRB-HICOM dan GEELY, PROTON telah melabur lebih RM3.3 bilion sebagai sebahagian daripada inisiatif pemulihan prestasinya, yang meliputi pembangunan produk, integrasi teknologi baharu, pengembangan pembuatan dan pembangunan modal insan terutamanya dalam teknologi baharu.
Dengan kemunculan AHTV, pelaburan masa hadapan akan memberi tumpuan kepada produk dan teknologi baharu, termasuk penyelesaian tenaga baharu dan teknologi pintar.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr. Li Chunrong berkata, PROTON kini berada dalam separuh kedua rancangan perniagaan sepuluh tahunnya.
“Selain gangguan yang disebabkan oleh langkah kawalan pandemik selama dua tahun, kami gembira dengan kemajuan yang dicapai setakat ini.

“Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menyasarkan untuk bekerja lebih rapat dengan Geely dan mengembangkan penawaran kami apabila pasaran untuk NEV berkembang,” katanya.
Langkah itu dilihat akan membantu membangunkan ekosistem automotif negara dan mendorong Malaysia ke arah sasarannya untuk menjadi hab NxGV.

Li Chunrong
“Kami juga akan mengembangkan fokus kami untuk merangkumi aspek lain yang menyokong industri ini.
“Sebagai contoh, pembangunan infrastruktur pengecasan adalah keutamaan untuk NEV jadi kami akan mengoptimumkan sinergi dengan kumpulan syarikat Geely untuk meningkatkan infrastruktur NEV untuk PROTON dan ekosistem di Malaysia,” tambahnya.
Buat masa ini, langkah-langkah telah pun diambil ke arah mencapai matlamat jangka panjang PROTON.
Syarikat mempunyai pejabat tetap di Institut Penyelidikan Automobil Geely (GRI) di Teluk Hangzhou untuk memudahkan semua aktiviti pembangunan antara pasukan kejuruteraan.

PROTON telah pun menugaskan 18 jurutera yang berpangkalan di Institut Penyelidikan Geely pada fasa pertama program pembangunan R&D dan NEV.
Difahamkan, lebih ramai jurutera akan ditugaskan tidak lama lagi dimana ia merupakan salah satu langkah yang akan membantu mempercepatkan pemindahan teknologi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRV5675
SELANGOR
BSU6048
JOHOR
JG3756J
PULAU PINANG
PSG7597
PERAK
APM4804
PAHANG
CFJ2290
KEDAH
KGJ5865
NEGERI SEMBILAN
NEM3916
KOTA KINABALU
SJU6944
KUCHING
QAB8290P
Terakhir Kemas Kini 26 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
11,888 Tiket Extra KTMB Deepavali: Laluan Mana Yang Terlibat
NTING: KTMB Buka Tiket ETS Tambahan Deepavali 27 Oktober Ini.
26-10-2026
Adakah ECRL Bakal 'Membunuh' Perkhidmatan Bas Ekspres?
Nampaknya, Ramai Akan Beralih ke ECRL, Apa Pula Nasib Bas Ekspres.
26-10-2026
Berapa Ramai Guna Waze?
6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.
23-10-2026
Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri
Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.
23-10-2026
Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah
Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.
23-10-2026
Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan
Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.
23-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge