Puspakom Tawar Pemeriksaan Kenderaan Percuma Sempena Hari Raya

Bagi memastikan keselamatan orang awam sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Puspakom Sdn Bhd (Puspakom) menawarkan pemeriksaan percuma kepada semua pemandu dan pemilik kenderaan persendirian bermula hari ini, Isnin (10 April) hingga Khamis (20 April).
Ketua Pegawai Operasi Puspakom, Mohammed Shukor Ismail berkata, pemilik kenderaan yang mahu kenderaan mereka diperiksa secara percuma, boleh hadir terus ke mana-mana cawangan Puspakom di seluruh Malaysia (kecuali Shah Alam, Taman Bukit Maluri dan Pasir Gudang) dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Tambah beliau, pemeriksaan percuma oleh Unit Pemeriksaan Bergerak turut ditawarkan. Senarai lokasi untuk perkhidmatan ini boleh disemak melalui portal www.puspakom.com.my atau dengan mengunjungi laman Facebook Puspakom Sdn Bhd.
Pemeriksaan percuma yang ditawarkan bertumpu kepada brek, side slip, tayar, suspensi, emisi, lampu, bahagian atas dan bawah kenderaan serta filem tingkap (tinted) cermin hadapan.

"Puspakom menjadikan kempen pemeriksaan kenderaan percuma ini sebagai satu tanggungjawab korporat syarikat dalam meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan keselamatan kenderaan terutamanya ketika musim perayaan,” jelasnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7425
SELANGOR
BST4359
JOHOR
JD5680J
PULAU PINANG
PSF3086
PERAK
APL2341
PAHANG
CFH6187
KEDAH
KGH8563
NEGERI SEMBILAN
NEL6817
KOTA KINABALU
SJT8784
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat