Puspakom, MIROS Jalin Kerjasama Untuk Tambah Baik Sistem Keselamatan Jalan Raya

PUSPAKOM Sdn Bhd (“PUSPAKOM”) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah melaksanakan Program Bersama PUSPAKOM–MIROS, di ibu negara semalam.
Menerusi program itu, kedua-dua pihak mengadakan perbincangan teknikal serta perkongsian kepakaran berkaitan penyelidikan keselamatan jalan raya dan pendekatan penilaian berasaskan data bagi menyokong penambahbaikan berterusan dalam ekosistem pemeriksaan kenderaan.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen berterusan PUSPAKOM dan MIROS dalam memastikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan di Malaysia dilaksanakan secara selamat, telus dan berintegriti demi keselamatan pengguna jalan raya.
Sementara itu Ketua Pengarah MIROS, Dr Siti Zaharah Ishak, pencapaian hasil keselamatan jalan raya yang berkesan amat bergantung kepada kerjasama erat antara pengendali dan institusi penyelidikan.
"Melalui penglibatan ini, MIROS berperanan menyumbang pandangan teknikal serta kepakaran penyelidikan bagi menyokong penambahbaikan berterusan dalam ekosistem pemeriksaan kenderaan secara khusus, dan penyelidikan keselamatan jalan raya secara amnya.

"MIROS juga akan menyokong penambahbaikan melalui analisis data, penilaian risiko serta cadangan teknikal yang boleh membantu memperkukuh keselamatan kenderaan dan keyakinan orang awam," katanya.
Jelasnya, pelaksanaan audit teknikal berkaitan pemeriksaan kenderaan adalah selaras dengan fungsi MIROS di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748), termasuk fungsi untuk mengkaji semula kaedah ujian yang dijalankan oleh organisasi pemeriksaan kenderaan.
Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM, Mahmood Razak Bahman, berkata bagi memastikan agensi mencapai tahap penyampaian perkhidmatan yang optimum di bawah Perjanjian Tahap Perkhidmatan (SLA), Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum ini sudahpun menetapkan pemantauan Indikator Prestasi Utama (KPI) yang komprehensif.
Katanya, inisiatif sejak 2009 ini sudah melalui fasa penambahbaikan berterusan dan dikemas kini pada 2024.
Langkah ini selaras dengan strategi kerajaan untuk memperluas penubuhan Pusat Perkhidmatan Pemeriksaan Kenderaan (PPKM) demi menyediakan perkhidmatan yang lebih mudah diakses, efisien, dan holistik kepada rakyat.
Audit teknikal ini dilaksanakan secara berkecuali serta berasaskan mandat dan prinsip tadbir urus yang baik, dengan fokus kepada perkara yang berkait langsung dengan kaedah ujian dan pelaksanaannya.
Ia termasuk kebolehoperasian dan pematuhan penentukuran peralatan, pensijilan Sistem Pengurusan ISO 9001 dan ISO/IEC 17020, kecekapan masa perkhidmatan, kepuasan pelanggan, serta aspek keselamatan perkhidmatan PUSPAKOM.
"Dalam landskap mobiliti yang semakin kompleks, perkhidmatan pemeriksaan kenderaan perlu terus diperkukuh melalui tadbir urus yang mantap dan pemantauan bebas.
"Penglibatan bersama MIROS ini menyokong fokus PUSPAKOM terhadap akauntabiliti dan penambahbaikan berterusan dalam penyampaian perkhidmatan yang diyakini oleh orang awam," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU3970
SELANGOR
BSU4696
JOHOR
JF9061J
PULAU PINANG
PSG5048
PERAK
APM3295
PAHANG
CFJ1491
KEDAH
KGJ4933
NEGERI SEMBILAN
NEM3173
KOTA KINABALU
SJU5950
KUCHING
QAB7659P
Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge


