Rasmi: Intro Synergy Dilantik Pengedar EV, Neva

Anak syarikat milik penuh GoAuto Group Sdn Bhd, Intro Synergy Sdn Bhd dilantik sebagai pengedar tunggal untuk kenderaan elektrik (EV) jenama NETA di Malaysia.
Untuk makluman, NETA ialah jenama EV dari China yang dimiliki Hozon New Energy Auto Co Ltd (Hozon).
Maka, satu perjanjian antara Intro Synergy dan Hozon Auto telah dimeterai selama lima tahun dimana kedua-dua pihak itu dijangka melabur kira-kira RM300 juta untuk membangunkan fasiliti pemasangan dan pembuatan kenderaan tenaga baharu, rangkaian jualan serta servis selepas jualan.
Pengerusi Kumpulan GoAuto, Datuk SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya berharap jenama ini akan diterima baik oleh orang ramai sekali gus meningkatkan penerimaan EV di negara ini.

Malah, GoAuto turut mengesahkan bahawa model ETA V akan ditawarkan ke pasaran tempatan.
Jentera itu dilengkapi motor elektrik tunggal pada roda hadapan, dipadankan bersama pek bateri berkapasiti 38.5 kWj.

Ia mampu mmenghasilkan kuasa sehingga 94 hp dan tork 150 Nm, selain melakukan perjalanan sejauh 384 km. Ia mampu memecut dari 0-50 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat.


Dari segi pengecasan, ia menerima input AC (Jenis 2) berkapasiti 6.6 kW.
Bagi pengecasan penuh, ia mengambil masa sehingga lapan jam manakala dengan pengecasan DC pantas yang berkapasiti 100 kW pula, membolehkan pengecasannya dari 30-80% hanya dalam masa 30 minit.
Selain itu, rangkaian kuasa elektrik Neta V menampilkan sistem fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang mampu memberikan output 3.3 kW untuk menggerakkan aksesori dan peralatan luaran.


Apapun, jika anda berminat dengan jentera ini, dikhabarkan Intro Synergy akan menayangkan Neta V pada Pameran Auto Malaysia 2023 yang akan berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, pada 4 Mei hingga 7 Mei 2023.
Pada pameran itu, Intro Synergy akan mula menerima tempahan model itu.
Apapun, kedua-dua pihak itu masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang bayangan mengenai harga jentera berkenaan.
Sebaliknya, di Thailand, ia dijual sekitar RM71,397, sama dengan harga Toyota Yaris Ativ.
Apapun, kita tunggu sahaja pengumuman rasmi syarikat nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7298
SELANGOR
BSQ8606
JOHOR
JYY8209
PULAU PINANG
PSD1520
PERAK
APJ2690
PAHANG
CFG7951
KEDAH
KGG5423
NEGERI SEMBILAN
NEK6708
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat