ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tragedi Basikal Lajak: Sam Ke Ting Dibebas Dari Tuduhan Babitkan Kematian 8 Remaja

Suhana Veru

Kongsi melalui


Lapan remaja lelaki maut selepas dirempuh sebuah kereta di Johor Bahru pada tahun 2017.

Jika anda masih ingat mengenai lapan remaja lelaki ketika melakukan aktiviti menunggang basikal lajak maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru, kira-kira enam  tahun lalu.

Susulan itu, seorang kerani, Sam Ke Ting ditahan gara-gara  memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal.

Kemalangan itu menggemparkan satu Malaysia memandangkan lapan remaja maut di tempat kejadian. Sejak itu, aktiviti basikal lajak disifatkan sebagai aktiviti berbahaya dan boleh membawa maut.


Infografik basikal lajak. 

Ia mencetuskan perdebatan hangat tentang hukuman yang dijatuhkan. Ramai yang bersetuju dengan hukuman yang diberi dan ramai yang mahukan Sam Ke Ting dibebaskan.

Ada juga yang menyifatkan  Ke Ting bersalah dan ada yang kata mereka yang terkorban berbasikal lajak itu yang salah.

Apa itu basikal lajak?

Basikal lajak merupakan basikal yang telah diubahsuai untuk meningkatkan tahap kelajuannya.

Pengubahsuaian yang dibuat tanpa mengikut spesifikasi yang dibenarkan boleh mengundang bahaya dan mengakibatkan kemalangan jalan raya.


Ke Ting dibebaskan mahkamah semalam.

Berbalik kepada kes Ka Ting, selepas enam tahun prosiding mahkamah berjalan, Mahkamah Rayuan akhirnya melepas dan membebaskan pemandu itu, Sam Ke Ting atas kesalahan memandu secara melulu.

Memetik kenyataan akhbar Berita Harian panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdullah membuat keputusan sebulat suara sekali gus mengetepikan hukuman penjara enam tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Tinggi terhadap Ke Ting.

Pada 13 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan kerani itu dikenakan hukuman berkenaan atas kesalahan dilakukannya pada 2017.

Hakim, Datuk Abu Bakar Katar, turut memerintahkan responden, Ke Ting, 28, menjalani hukuman penjara enam bulan lagi jika gagal membayar denda, selain hilang kelayakan memandu selama tiga tahun berkuat kuasa selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Ia sekali gus mengetepikan keputusan Mahkamah Majistret pada 10 Oktober tahun sama, yang mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan Ke Ting daripada pertuduhan berkenaan.


Aktiviti basikal lajak sebenarnya boleh mengundang bahaya pada penunggang itu sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Di sebalik kejadian yang cukup menghayat hati ini, kepada ibu bapa, awasi pergerakan anak anda daripada terjebak dalam aktiviti basikal lajak memandangkan cuti persekolahan yang hampir tiba sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ini kerana aktiviti amat berbahaya kepada keselamatan pengguna jalan raya selain bagi mengelakkan risiko daripada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-09-2026
Berita Auto

24-09-2026
Berita Auto

15-09-2026
Berita Auto

09-09-2026
Berita Auto

08-09-2026
Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.