Zeekr Bakal Masuki Pasaran Malaysia Selepas Smart?

Kunjungan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ke kilang Geely di China baru-baru ini telah membawa berita baik kepada negara.
Tengku Zafrul yang turut disertai oleh delegasinya dari MITI, MIDA, Matrade, DRB-Hicom dan Proton telah melawat kilang pengeluaran smart di Ningbo City.
Baca: EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Semasa lawatan, Menteri dan delegasinya berpeluang menguji smart #1 dan beberapa kenderaan lain seperti Zeekr 001 dan Lotus Eletre.
Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia


Perkongsian di Twitter oleh kedua-dua pihak, Tengku Zafrul dan juga smart Malaysia telah mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya satu daripada produk yang diuji akan dibawa masuk ke Malaysia secara rasmi.
Berdasarkan perkongsian di Facebook rasmi smart Malaysia, jenama Zeekr disahkan akan memasuki pasaran negara: “Delegasi telah memandu uji pelbagai model EV, termasuk smart #1 dan tertarik dengan reka bentuk premium serta teknologi canggih EV keluaran Geely dan Zeekr. [Pengalaman] ini membuatkan kedatangan [EV yang diuji] ke Malaysia sangat dinanti-nantikan, dan smart #1 model pertama yang akan meluncur di jalan raya.”
Berdasarkan rancangan yang dikongsikan semasa pengumuman rasminya yang pertama, jenama smart dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada suku ketiga tahun ini, mungkin juga Geely akan menggunakan pendekatan yang sama apabila tibanya masa untuk EV Zeekr memasuki Malaysia secara rasmi.
Dipertontonkan buat pertama kalinya pada bulan Mac tahun lalu, Zeekr adalah sebuah jenama EV premium yang beroperasi secara berasingan daripada jenama EV keluaran Geely, Geometry. Kedatangan jenama ini di Malaysia dijangka akan berlaku pada sekitar waktu yang sama atau selepas ia menembusi pasaran Eropah.

Selain Zeekr, Tengku Zafrul turut berpeluang memandu uji model SUV elektrik Lotus Eletre. Walaupun perkara ini tidak disebut dalam mana-mana perkongsian di laman sosial, tetapi kita dapat melihat dengan jelas logo Lotus pada stereng salah sebuah kereta yang dipandu.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN8297
SELANGOR
BST4507
JOHOR
JD6041J
PULAU PINANG
PSF3293
PERAK
APL2531
PAHANG
CFH6254
KEDAH
KGH8707
NEGERI SEMBILAN
NEL6915
KOTA KINABALU
SJT9017
KUCHING
QAB5172P
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Kecoh Harga Tesla Naik, Adakah Ditekan MITI Atau Sebab Lain?
Harga Tesla Naik Senyap-Senyap! Bukan Salah MITI, Ini Punca Sebenar Kenaikan
24-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Guna Kelebihan Cip & Jamin 750,000 Kerja: 4 Fakta Utama Disebalik Dasar EV 1 Julai
Kenapa Dasar RM200k Penting Untuk Masa Depan Vendor Tempatan.
12-05-2026
Industri Automotif Malaysia: Perodua Puji MITI
Perodua, menyatakan sokongan padu terhadap penjelasan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mengenai hala tuju Dasar Automotif Negara (NAP).
01-04-2026
Berita Terkini
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini
Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.
02-09-2026
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia
JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.
02-09-2026
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia
Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.
01-09-2026
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati
Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?
27-08-2026
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara
Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.
26-08-2026
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat