70K Serbu Pameran Retro Havoc Tapi..
Suhana Veru
30-5-2023
Rata-rata netizen kesal melihat sikap sebilangan pengunjung yang mengunjungi pameran Retro Havoc 2023 yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara pada minggu lepas.
Difahamkan, kira-kira 70,000 pengunjung menyerbu pameran itu yang diadakan sejak 9 pagi hingga 10 malam.
Sebaliknya, lain pula yang berlaku apabila ada sebilangan pengunjung yang terdiri daripada pelajar lari bertempiaran di dalam kawasan yang menempatkan sejumlah besar kereta pameran.
Apa yang menyedihkan, biarpun pihak penganjur sudah meletakkan notis amaran “Do Not Touch" namun ada juga yang menyandar, meletakkan kaki di atas kereta pameran dan tidak kurang juga yang bersorakan.
“ I don’t understand why Malaysian need to run like baboons when they hear car revving. Mind you, there’s many car around,” komen seorang pengguna media sosial.
Sementara itu, menerusi laman TikTok pula memaparkan ada pengunjung wanita lari bertempiran seolah-olah mahu menyelamatkan diri daripada kebakaran.
Tindakan pengunjung wanita itu akhirnya menyebabkan aksesori sebuah kereta pameran tercabut namun kumpulan wanita itu hanya menoleh belakang.
Bukan itu sahaja, ada juga yang mendakwa kereta mereka tercalar, nombor pendaftaran patah dan cermin sisi tercabut gara-gara pengunjung.
Pendek kata, tindakan pengunjung umpama ‘bagai kera mendapat bunga’.
Tahukah anda, penganjur sebenarnya sudah bertungkus-lumus untuk mengadakan pameran tersebut.
Bagi pemilik kenderaan pula, mereka bersusah-payah menghabiskan ribuan ringgit untuk mengubah suai kenderaan mereka.
Namun, para pengunjung pula sewenang-wenangnya menyentuh kereta sesuka hati terhadap kereta-kereta yang dipamerkan.
Harap selepas ini, pihak penganjur mengadakan kawalan ketat atau meletakkan pita di sepanjang kereta-kereta pameran bagi mengelakkan ia disentuh para pengunjung.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPF4236
SELANGOR
BSF2764
JOHOR
JXY8105
PULAU PINANG
PRR2533
PERAK
ANW3895
PAHANG
CFB9284
KEDAH
KGA7928
NEGERI SEMBILAN
NEG1531
KOTA KINABALU
SJL1351
KUCHING
QAB4737L
Terakhir Kemas Kini 01 Jun, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.77
-0.03
EURO 5 B7
RM 2.97
-0.03
Terakhir Kemas Kini 29 May, 2025
Berita Terkini
Gaduh Tak Bertempat: 2 Pemandu Tular Gara-Gara Aksi Silat, Muay Thai!
Tular aksi pemandu Perodua Bezza seperti bersilat, manakala pemandu Honda Civic FC seolah-olah mahu melakukan Muay Thai ketika bergaduh di sebuah tol Plaza di Pulau Pinang.
01-06-2025
Bilik Pameran Baharu: Brabus Buka Bilik Pameran Di KL, 1 Daripada 25 Porsche Brabus 900 Rocket R Ditunjuk
Brabus baru sahaja membuka bilik pameran baharu di Pusat Beli-Belah HamawangsaTaman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam.
31-05-2025
Roslan Abdullah Letak Jawatan Timbalan CEO Proton, Ainol Azmil Pemangku
Proton Holdings Bhd mengesahkan bahawa Roslan Abdullah telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).
31-05-2025
Bilik Pameran Baharu: GWM Malaysia Buka Pusat 3S Di Melaka
GWM Malaysia melebarkan rangkaiannya apabila membuka bilik pameran 3S di Melaka, baru-baru ini.
30-05-2025
Bas Ekspres Terbakar, Pemandu, Penumpang Terselamat
Sebuah bas ekspres hangus terbakar namun 29 orang termasuk pemandu dan penumpang terselamat selepas bas yang dinaiki mereka terbakar.
30-05-2025
"Pemergian" Rafizi Cetus Persoalan Apakah Nasib Sistem PADU, Diteruskan Atau Dibatalkan?
Di sebalik peletakan jawatan oleh Rafizi, timbul persoalan mengenai masa depan agenda nasional penting yang berada di bawah tanggungjawab beliau.
30-05-2025
Chery Kejutkan Bukit Bintang Dengan 'Kotak Misteri' Gergasi! – Teka Model & Menang
Struktur berbentuk ‘Kotak Misteri’ bersaiz gergasi itu bukan sekadar hiasan, ia merupakan inisiatif promosi kreatif daripada Chery Malaysia untuk memperkenalkan SUV terbarunya.
30-05-2025
Jalan Banyak Rosak: Kerajaan Peruntuk RM350 Juta Untuk Selenggara Jalan Persekutuan
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi melaksanakan 563 projek penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh Semenanjung Malaysia.
29-05-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat