- Berita
- Berita Auto
- Bilik Pameran Baharu: Brabus Buka Bilik Pameran Di KL, 1 Daripada 25 Porsche Brabus 900 Rocket R Ditunjuk
Bilik Pameran Baharu: Brabus Buka Bilik Pameran Di KL, 1 Daripada 25 Porsche Brabus 900 Rocket R Ditunjuk


Brabus baru sahaja membuka bilik pameran baharu di Pusat Beli-Belah Hamawangsa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam.
Ia dikendalikan oleh pembekal alat ganti tempatan, Nazamax Sdn Bhd. Fasiliti baharu ini turut menampilkan salah satu model edisi terhad terbaharu iaitu Porsche Brabus 900 Rocket R.

Untuk makluman, Porsche Brabus 900 Rocket R diasaskan berdasarkan Porsche 911 Turbo S generasi 992.
Model ini dikhabarkan mampu menghamburkan kuasa setakat 900 PS (662 kW atau 888 hp) dan tork sehingga 1,000 Nm, kerana menggunakan enjin 3.8 liter yang dipertingkat dengan pengecas turbo kembar berprestasi tinggi.


Untuk itu, model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat, manakala pecutan dari 0-200 km/j boleh dicapai masa 7.2 saat sebelum mencapai had elektronik pada 340 km/j.


Bagi menyokong trenkuasa yang ekstrem ini, 900 Rocket R turut menerima beberapa penambahbaikan termasuk bahagian prestasinya.
Ia dilengkapi dengan kit badan gentian karbon Brabus Widestar rekaan khas yang menampilkan peresap belakang agresif, spoiler hadapan yang lebih menonjol, spoiler belakang, dan banyak lagi.
Selain itu, 900 Rocket R juga dipasang dengan rim istimewa Brabus Monoblock P "Edisi Platinum" bersaiz 21/22 inci dengan kemasan gentian karbon, serta hadir denan tayar Continental SportContact 7 khusus untuk menawarkan kawalan cengkaman yang cukup baik.


Sentuhan Brabus turut meliputi bahagian dalaman 900 Rocket R, di mana tempat duduk pemandunya jenis bucket serta hadir dengan ukiran logo Brabus, serta corak jahitan unik “Ellipse” yang meliputi seluruh bahagian kabin.
Terdapat juga konsol tengah, bahagian pintu bersalut dengan gentian karbon, pad pedal aluminium anod, dan pelbagai elemen eksklusif lain.
Selain penampilan mewah, apa yang menjadikan Porsche Brabus 900 Rocket R ini begitu istimewa ialah hanya terdapat 25 unit yang dihasilkan di seluruh dunia.
Lebih mengagumkan, ini satu-satunya unit yang didapati di Malaysia, dan ia juga merupakan satu-satunya versi pacuan kanan (RHD) model 900 Rocket R di dunia sekali gus menjadikannya model satu-dengan-satu yang benar-benar unik.

Seperti dijangka, model 900 Rocket R versi RHD ini telah pun ditempah. Harganya mencecah €649,900 (sekitar RM3.11 juta) dan harganya itu dilihat cukup berbaloi dan munasabah dengan bahagian luarannya yang cukup sporty serta hamburan kuasanya yang cukup mantap.


Selain model 900 Rocket R yang eksklusif ini, bilik pameran Brabus Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai pakej naik taraf dan alat ganti Brabus untuk pelbagai model, termasuk dari A-Class generasi W117 hinggalah S-Class W223 dan juga model G-Class.
Tidak ketinggalan, Brabus Kuala Lumpur juga bekerjasama dengan smart Malaysia (PRO-NET) ketika mendedahkan edisi terhad smart #1 Brabus sempena Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang diadakan baru-baru ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT4934
SELANGOR
BSU3493
JOHOR
JF5210J
PULAU PINANG
PSG3210
PERAK
APM1537
PAHANG
CFH9844
KEDAH
KGJ4157
NEGERI SEMBILAN
NEM2445
KOTA KINABALU
SJU5013
KUCHING
QAB7415P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa
Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.
09-10-2026
Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?
Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.
09-10-2026
Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan
Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.
09-10-2026
Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati
Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.
09-10-2026
Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta
GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.
09-10-2026
Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan
Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut
08-10-2026
Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?
ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!
08-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

