ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Arteon R-Line 4MOTION Kini Lebih Selamat Dengan IQ.DRIVE

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)  baru-baru ini telah melancarkan Arteon R-Line 4MOTION yang kini dilengkapkan dengan teknologi IQ.DRIVE. Model ini ditawarkan pada harga RM299,990.


Teknologi IQ.DRIVE yang ditampilkan pada model kali ini adalah termasuk bantuan hadapan dan kawalan jelajah adaptif. Versi kali ini juga ditawarkan dengan kemudahan pengecas tanpa wayar. 


PRESTASI ARTEON R-LINE 4MOTION


Arteon dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo TSI 2.0L. Kuasa disalurkan kepada roda oleh transmisi direct shift DSG klac basah 7-kelajuan menerusi sistem pacuan semua roda 4MOTION. Sistem yang digunakan membolehkan kereta melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 5.6 saat. Kadar penggunaan minyaknya adalah 7.4L/100km.




Pemandu boleh menikmati keselesaan pemanduan yang optimum dengan Kawalan Dinamik Chassis (DCC) dengan 15 tetapan yang berbeza dan lima mod pemanduan - Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual. 


LUARAN ARTEON R-LINE 4MOTION


Arteon R-Line 4MOTION menggunakan lampu hadapan yang dilengkapi ciri Lampu Membelok Dinamik (Dynamic Cornering Lights). Sementara itu, lampu belakang jenis LED 3D pula didatangkan dengan  lampu membelok berjujukan (sequential).




Arteon menggunakan lampu dengan teknologi pencahayaan All Weather Light yang memudahkan pandangan walaupun semasa cuaca buruk atau gelap.


KABIN ARTEON R-LINE 4MOTION


Di bahagian dalam, Arteon tampil elegan dan sporty, yang disempurnakan oleh kemasan perak khas R-Line serta stereng dalam rekaan baharu. Semua informasi penting kenderaan dipaparkan pada Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci yang beresolusi tinggi. 




Model ini menggunakan sistem infotainmen Discover Pro bersaiz 19.2 inci yang boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Sistem ini dilengkapkan dengan sistem audio 700 watt Harman Kardon yang mana 12 speaker ditempatkan di sudut-sudut yang sesuai untuk nikmat akustik sebenar. 


CIRI KESELAMATAN ARTEON R-LINE 4MOTION


Dari segi keselamatan, Arteon dilengkapi bantuan hadapan, kawalan jelajah adaptif, bantuan sisi, amaran lintasan trafik belakang dan bantuan lorong. Selain itu, ia turut hadir dengan teknologi pemantau keliling 360 darjah. 




Ciri keselamatan lain adalah seperti berikut:

  • Sistem brek pasca pelanggaran (untuk mengelakkan pelanggaran kedua selepas impak pertama)
  • Sistem respon pelanggaran pintar (langkah pencegahan semasa kemalangan yang mana saluran bahan api dihentikan, kunci pintu dibuka, lampu isyarat bahaya dinyalakan)
  •  Electronic Different Lock (XDS) yang  menambah baik aspek cengkaman dan mengurangkan masalah understeer.


Didatangkan secara standard ialah kawalan kestabilan elektronik (ESC), sistem brek anti-kunci (ABS) dan bantuan brek (BA) serta bonet aktif untuk perlindungan pejalan kaki. Ciri lain ialah sistem pemantau tekanan tayar; serta brek pengendalian atau manoeuvre braking yang akan mengaktifkan brek secara automatik apabila objek pada kelajuan 10 km/j dikesan. 


WARNA ARTEON R-LINE 4MOTION




Arteon R-Line 4MOTION ditawarkan dalam tiga warna metalik iaitu kelabu (Manganese Grey), biru (Lapiz Blue) dan perak (Pyrite Silver) serta dua warna dengen efek mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White).


HARGA ARTEON R-LINE 4MOTION

Harga cadangan (RRP) untuk Arteon R-Line 4MOTION baharu ialah RM299,990. Pembelian didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.


Untuk tempahan dan sesi pandu uji, anda boleh melawat mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara. Info selanjutnya, boleh klik di sini. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC7364

SELANGOR

BSQ8642

JOHOR

JYY8294

PULAU PINANG

PSD1543

PERAK

APJ2704

PAHANG

CFG7958

KEDAH

KGG5430

NEGERI SEMBILAN

NEK6715

KOTA KINABALU

SJS4420

KUCHING

QAB166P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

03-01-2023
Kereta Baru

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Dilancarkan! Kereta Paling Cun Dihasilkan Volkswagen?

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan model andalan terbaharunya iaitu Arteon R-Line 4MOTION.

19-07-2021
Berita Auto

04-07-2023
Berita Auto

11-04-2023
Gaya Hidup

22-07-2025
Berita Auto

02-12-2024
Kereta Baru

20-05-2024
Kereta Baru

12-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing

Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.

18-06-2026
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
Berita Auto

Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ

Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.

18-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.