ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Volkswagen Arteon R-Line 4MOTION Dilancarkan! Kereta Paling Cun Dihasilkan Volkswagen?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru sahaja melancarkan model andalan terbaharunya iaitu Arteon R-Line 4MOTION.



"Arteon boleh dikatakan sebagai model tercantik dalam barisan kereta kami - bersesuaian dengan prestasinya yang menakjubkan dan juga perbaikan yang diberikan pada bahagian kabin kereta, bukan sekadar kecantikan semata-mata.  Selain itu, buat masa ini ia ditawarkan tanpa dikenakan cukai jualan, oleh itu saya yakin Arteon R-Line 4MOTION yang terbaharu ini akan menjadi model yang laris kerana keunikannya dalam pasaran," ujar Pengarah Pengurusan VPCM, Erik Winter. 

Enjin yang digunakan ialah enjin berpengecas turbo TSI 2.0L yang boleh menjana output maksimum 284 hp dan 350 Nm tork.  Kuasa yang dihasilkan oleh enjin akan melalui kotak gear jenis klac basah direct shift (DSG) 7-kelajuan. Hasilnya, ia mampu melakukan pecutan daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.6 saat.

 

Arteon terbaharu ini didatangkan dengan sistem pacuan semua roda 4MOTION dan memiliki kadar penggunaan minyak yang efisien iaitu 7.4L/100 km.

 

Ciri utama bahagian luar kereta adalah seperti sistem lampu depan LED sepenuhnya yang turut dilengkapi lampu selekoh dinamik. Sementara itu, lampu belakang yang digunakan pula ialah lampu LED 3D beserta signal pusingan sequential. Bukan itu sahaja, ia turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan All Weather Light (Cahaya Semua Cuaca).



Bergerak ke bahagian dalam, tempat duduk yang digunakan ialah ErgoComfort yang dibalut dengan kulit Nappa gayaan karbon. Pemandu kereta dapat menikmati keselesaan yang maksimum dengan adanya pilihan pelarasan 14 arah serta fungsi urutan.  Arteon terbaharu ini turut dilengkapi 30 pilihan warna ambien dengan tahap intensiti yang boleh dilaraskan. 


Bagi pencinta sistem audio, teknologi audio yang digunakan model ini cukup memuaskan. Menggunakan sistem Harman Kardon 700 watt beserta 12 buah speaker, ia dapat menghasilkan bunyi dalam empat mod berbeza iaitu Pure, Chill Out, Live dan Energy.  

Kereta ini menggunakan Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci yang beresolusi tinggi. Pemandu boleh mengakses data pemanduan melalui enam paparan skrin pilihan dan 30 kombinasi berbeza yang turut didatangkan dengan sistem navigasi 2D dan 3D serta paparan peta penuh 100 peratus.

 

Sistem infotainmen Discover Pro yang digunakan adalah bersaiz 9.2 inci dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay serta Android Auto.  Selain itu,  penyejuk udara Climatronik 3 zon yang disediakan boleh dikawal menggunakan panel kawalan yang sensitif sentuhan.

 

Kenderaan turut memiliki sistem kawalan cesi dinamik (DCC) yang merangkumi 15 pilihan kenaikan dan 5 pilihan mod pemanduan iaitu Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.



Arteon terbaharu ini dilengkapi sistem bantuan pemandu seperti Bantuan Lorong, Bantuan Sisi, Sistem Amaran Pemandu, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Sistem Keliling  360 Darjah, Sistem Brek Pasca Pelanggaran, Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS) dan Kunci Diferensial Elektronik  (XDS). 

Ciri bantuan yang didatangkan secara standard ialah Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Perlindungan Pejalan Kaki Bonet Aktif (ABPP), Sistem Pemantauan Tekanan Tayar, dan Manoeuvre Braking.

 

Model Arteon yang terkini juga memiliki but dengan kapasiti simpanan seluas 563L, lengkap dengan fungsi Easy Open dan Easy Close yang membolehkan pintu but dibuka/ditutup secara automatik tanpa perlu menggunakan tangan.

 

Arteon terbaharu ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Manganese Grey, Lapiz Blue,  Pyrite Silver, Deep Black dan Oryx White.




Ditawarkan dalam harga yang bermula dari RM247,670.97, Arteon R-Line 4MOTION yang serba baharu ini didatangkan bersama dengan pakej penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan tanpa had perjalanan selama 5 tahun dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

 

Untuk tempahan dan informasi berkenaan Arteon R-Line 4MOTION, layari volkswagen.com.my.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-07-2023
Berita Auto

04-07-2023
Kereta Baru

27-03-2023
Berita Auto

03-01-2023
Berita Auto

23-12-2022
Pandu Uji

06-12-2022
Berita Auto

07-10-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Berapa Harga PROTON S70 RS 2027?

Proton S70 RS 2027 bakal dilancarkan pada November ini.

06-11-2026
Kereta Baru
Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Berapa Harga Mercedes-Benz C-Class Elektrik?

Mercedes-Benz C-Class 300 Akan Dijual Sekitar RM360,888.

04-11-2026
Kereta Baru
GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV CKD Bakal Dilancar: Anggaran Harga Bawah RM115,000

GWM ORA 5 Hi2 HEV Bakal Dilancar November 2026.

03-11-2026
Kereta Baru
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.