Banyak Betul Pengedar Dilantik Untuk Jual Kereta Smart#1

Pengedar dan pengimport rasmi jenama smart di Malaysia dan Thailand, Proton New Energy Technology Sdn. Bhd. (PRO-NET) telah melantik lima pengedar baharu yang bertujuan untuk meningkatkan jualan kenderaan elektrik smart#1 pada penghujung tahun nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif, PRO-NET, Zhang Qiang berkata, "Smart melambangkan penyelesaian mobiliti EV premium yang menggabungkan teknologi terkini dan reka bentuk futuristik.

“Oleh itu, sangat penting bagi setiap pengedar yang kami pilih untuk memenuhi janji jenama kami dengan memberikan bukan sahaja perkhidmatan terbaik, tetapi juga pengalaman yang unik kepada setiap pemilik kenderaan smart,” katanya dalam satu kenyataan.

Lima pengedar baharu itu ialah:
1. Smart Mobility Sdn. Bhd. (Smart Mobility)
2. GB Auto Sdn. Bhd. (GB Auto)
3. Eleganz Lifestyle Sdn.Bhd (Eleganz Lifestyle)
4. Lee Motors (Alor Star) Sdn. Bhd. (Lee Motors)
5. Sigma Energy EV Sdn. Bhd. (Sigma Energy EV)


Terletak di penempatan mewah Bangsar, Kuala Lumpur, Smart Mobility akan menyasarkan kepelbagaian spektrum pelanggan di sekitar lokasi tersebut, daripada eskpatriat kepada individu korporat berprofil tinggi.
Sementara itu, kedudukan strategik GB Auto di Ipoh, Perak dilihat akan memudahkan lagi akses dan memberi keselesaan kepada para pelanggan.


Tiga rakan kongsi tambahan yang lain termasuk Eleganz Lifestyle, pengedar kereta 4S terkenal, Lee Motors dan Sigma Energy EV yang masing-masing menjalankan perniagaan di premis milik sendiri yang terkemuka dan terletak dalam zon automotif.
Kesemua pengedar ini akan memberikan pengalaman baharu kepada pelanggan jenama smart di Pulau Pinang, Kedah dan Melaka.

Buat masa ini, sebanyak tujuh pengedar telah dilantik bulan ini termasuk Hap Seng Smart dan Edaran Otomobil Nasional (EON) dalam usaha mendapatkan pelanggan yang berpotensi sebelum pelancaran smart #1 pada suku keempat tahun ini.
Malah, lebih ramai rakan kongsi sedang dipertimbangkan untuk berkolaborasi dengan PRO-NET, termasuk syarikat yang berpengkalan di Pantai Timur di mana PRO-NET merancang untukmemperkenalkan jenama smart pada tahun hadapan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS7582
SELANGOR
BSU2324
JOHOR
JF2740J
PULAU PINANG
PSG1450
PERAK
APL9182
PAHANG
CFH9255
KEDAH
KGJ3503
NEGERI SEMBILAN
NEM1843
KOTA KINABALU
SJU4280
KUCHING
QAB7068P
Terakhir Kemas Kini 02 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat