ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Berita Baik, Ada Pakej R3 Untuk PROTON X50

Suhana Veru

Kongsi melalui


Pengeluar kereta nasional, PROTON  mengumumkan pakej aksesori R3 untuk Proton X50 sempena Malaysia Autoshow 2023.

Pakej ini dilancarkan sempena ulangtahun ke-20 R3 dimana ia menandakan dua dekad penglibatan Proton dalam sukan permotoran. 

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan semasa pameran dengan hanya RM599 (RM500 untuk Proton X50 dan RM99 untuk pakej aksesori).

Bagaimanapun, penghantaran dijangka bermula pada Oktober tahun ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, pengumuman Pakej Aksesori Edisi Hari Ulangtahun ke-20 R3 untuk Proton X50 adalah tepat pada masanya kepada peminat tentang warisan prestasi dan permotoran PROTON.


“PROTON juga sedang bersedia untuk memasuki segmen Kenderaan Tenaga Baru (NEV) dengan pelancaran Proton X90 yang akan datang dan kami ingin menawarkan kepada pelanggan produk baru yang menggabungkan teknologi terkini. 

Pada masa yang sama, kami menghargai peminat dan penggemar yang telah kekal setia selama bertahun-tahun, jadi produk seperti keretapameran R3 direka khas untuk menarik minat penggemar yang ingin memberi kesan unik pada Proton mereka,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.


Ketika ini, Proton X50 R3 sedang dipamerkan sempena Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung di MAEPS, Serdang.

Kereta pameran itu hadir dalam skema warna hitam dimana ia adalah eksklusif untuk model berkenaan.


Selain itu, pakej tersebut terdiri daripada Aerokit R3 yang direka khas (depan, tepi, belakang dan spoiler atas).

Selain itu, terdapat juga rim aloi ringan R3 Flow Formed 18 ", Logo Grill Depan R3, Jalur Bonet R3, Plate Nama Luar dan Dalaman Edisi Ulangtahun ke-20 R3, Penyokong Plat Nombor Pendaftaran Kenderaan R3, dan  Karpet 3D R3.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR5447

SELANGOR

BST9887

JOHOR

JE7645J

PULAU PINANG

PSF8279

PERAK

APL7156

PAHANG

CFH8369

KEDAH

KGJ2494

NEGERI SEMBILAN

NEM694

KOTA KINABALU

SJU2780

KUCHING

QAB6255P

Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

10-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto
Berita Auto

01-08-2025
Kereta Baru

24-07-2025
Berita Auto

18-07-2025
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.