BMW 7 Series G70 Dilancarkan – CKD, 2 Varian, Dari RM649,800

BMW 7 Series generasi ketujuh (G70) telah dilancarkan di Malaysia
BMW Group Malaysia telah mengumumkan kehadiran model flagship 7 Series generasi ketujuh, G70, hari ini. Model yang dipasang di fasiliti pengilangan tempatan (CKD) ini ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas 750e xDrive Pure Excellence, dan varian 750e xDrive M Sport yang lebih tinggi.
Menggunakan sistem elektrik plug-in hybrid (PHEV), kedua-dua varian dipasangkan dengan enjin petrol turbo 3.0L 6-silinder yang digabungkan dengan motor elektrik. Motor elektrik ini dikuasakan oleh bateri litium-ion 18.7 kWh. Kuasa disalurkan kepada keempat-empat roda (AWD) melalui sistem pacuan xDrive dengan sistem transmisi automatik 8-kelajuan.
Secara keseluruhan, sistem ini menghasilkan kuasa sebanyak 483 hp dan tork 700 Nm, membolehkan kedua-dua model ini melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 4.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum yang dihadkan pada 250 km/j. Kedua-dua varian ini menawarkan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 87 km, dengan had kelajuan tertinggi yang lebih rendah iaitu pada 140 km/j.


Dua varian ditawarkan, 750e xDrive Pure Excellence (kiri) dan 750e xDrive M Sport (kanan)
Bateri yang digunakan boleh menerima input pengecasan AC Jenis 2 7.4 kW, membolehkan kereta dicas penuh dalam masa kurang daripada 3 jam.
Sebagai sedan flagship BMW, kedua-dua varian ini dilengkapi pelbagai kelengkapan mewah. Antaranya adalah paparan BMW Live Cockpit Professional baharu dengan modul paparan melengkung terkini BMW, yang menggabungkan instrumen digital berukuran 12.3-inci dan infotainment skrin sentuh berukuran 14.9-inci.

Kedua-dua varian hadir dengan pelbagai kelengkapan mewah (Nota: Gambar di atas memaparkan kabin 750e xDrive M Sport)
Ciri penting lain yang dikongsikan oleh kedua-dua varian ini adalah termasuk bingkai gril hadapan yang bercahaya, BMW Interaction Bar yang bercahaya, sistem audio hi-fi Bowers & Wilkins, bukaan pintu automatik, bumbung kaca panorama, kawalan iklim automatik empat zon, paparan-di-kepala (HUD), Parking Assistant Plus, dan kemasan kaca kristal.
Varian 750e xDrive M Sport yang lebih tinggi, ditambah dengan ciri premium lain seperti skrin pada tempat duduk belakang, BMW Theatre, yang berukuran 31.3-inci dan tempat duduk Executive Lounge. Varian ini juga dilengkapi pakej M Shadowline yang memberikan sedan ini gaya sporty di luar dan dalam.



750e xDrive M Sport, varian lebih sporty dan diberikan lebih banyak ciri tambahan. Varian ini hadir dengan pelbagai ciri sporty daripada pakej BMW M Shadowline yang termasuk rekaan bampar sporty, rim bersaiz 20-inci dan penggunaan dua tona
Varian Pure Excellence dan M Sport dapat dibezakan melalui rekaan bampar depan dan belakang, saiz rim (19-inci vs 20-inci), serta warna (satu atau dua tona).
Untuk pilihan warna, kedua-dua varian ditawarkan dalam tiga pilihan warna standard serta 1 warna eksklusif bagi setiap varian, menjadikan keseluruhannya 5 pilihan warna:
- Oxide Grey Metallic
- Black Sapphire Metallic
- Mineral White Metallic.
- M Brooklyn Grey Metallic (Eksklusif untuk BMW 750e xDrive M Sport)
- Sophisto Grey Metallic (Eksklusif untuk BMW 750e xDrive Pure Excellence)
Di dalam kabin, kedua-dua varian ini menggunakan upholsteri kulit Merino dalam pilihan warna hitam atau Tartufo.

750e xDrive Pure Excellence menggunakan bampar yang lebih elegan, rim bersaiz 19-inci, dicat dalam satu tona. Varian ini hanya ditawarkan sebanyak 48 unit
Sedan mewah ini dijual pada harga yang bermula dari RM649,800 untuk varian 750e xDrive Pure Excellence hingga RM700,000 untuk varian 750e xDrive M Sport. Harga yang dinyatakan adalah termasuk:
- Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
- Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
- Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
- Servis Dalam Talian BMW
Namun, BMW Group Malaysia mengumumkan bahawa varian Pure Excellence hanya terhad kepada 48 unit sahaja, jika anda sedang mempertimbangkan varian ini, jangan fikir terlalu lama, kalau tidak mahu terlepas!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQS4277
SELANGOR
BSN7232
JOHOR
JYU253
PULAU PINANG
PSB761
PERAK
APG3609
PAHANG
CFG218
KEDAH
KGE9957
NEGERI SEMBILAN
NEJ9145
KOTA KINABALU
SJR1854
KUCHING
QAB4948N
Terakhir Kemas Kini 02 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Harga BMW Malaysia 2026 Naik Cecah RM16,000 – Model ICE Paling Terkesan!
Susulan semakan prestasi perniagaan minggu lalu, BMW Malaysia memulakan tahun 2026 dengan berita yang mungkin kurang enak buat bakal pembeli.
21-01-2026
BMW i5 eDrive40 M Sport Pro 2026 Kini Di Pasaran – CKD, Dari RM368K
BMW Group Malaysia hari ini telah melancarkan BMW i5 eDrive40 dalam versi M Sport Pro.
15-01-2026
BMW iX1 eDrive20L M Sport 2026: SUV Elektrik 'Versi Panjang' Kini Di Malaysia
BMW Group Malaysia awal hari ini telah memperkenalkan 2026 BMW iX1 eDrive20L M Sport. jawapan buat mereka yang mahukan bukan sahaja sebuah jentera mewah tetapi dengan keselesaan luar biasa.
15-01-2026
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Dilancar: BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, HARGA RM487,800
BMW Group Malaysia melancarkan secara rasminya BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu versi pemasangan tempatan melalui pameran eksklusif di The Art of Driving 2025, sebentar tadi.
21-07-2025
BMW iX xDrive45 Sport Baharu Dilancar, Harga RM425,800
Selain BMW iX xDrive60 M Sport Pro Baharu, BMW Malaysia turut melancarkan BMW iX xDrive45 Sport Baharu ke pasaran tempatan.
21-07-2025
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800
Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).
13-06-2025
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800
Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.
13-06-2025
Berita Terkini
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat
UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Legenda Kembali! Honda Prelude e:HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
Tempahan Honda Prelude sudah dibuka.
01-04-2026
Vibe SUV Premium Harga Marhaen? JETOUR Dashing Dark Warrior
JETOUR Dashing Dark Warrior Edisi Terhad,
01-04-2026
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat