GWM China Rancang Pemasangan Bateri EV dan Tubuh Pusat Penyelidikan di Thailand


GWM Ora Good Cat dijual pada harga RM168,900 di Malaysia
Great Wall Motor Co Ltd (GWM) dari China merancang untuk melabur hingga US$30 juta (RM138.24 juta) di Thailand untuk membina kilang pengeluaran pek bateri dan memulakan pemasangan kereta elektrik kompak pada tahun depan.
GWM Thailand juga sedang mempertimbangkan untuk menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan di Thailand bagi mengkaji trak pikap berasaskan bateri. Walaupun Great Wall dan BYD Co Ltd dari China telah melabur secara besar-besaran, pengeluar kereta Jepun seperti Toyota Motor Corp dan Isuzu Motors Ltd masih mendominasi pasaran kereta tempatan Thailand, dengan jualan trak pikap menyumbang kepada lebih separuh daripada jualan keseluruhan tahun lalu. "Saya percaya banyak perkara yang dapat kita pelajari dari pasaran trak pikap unik di Thailand," kata Pengarah Urusan GWM Thailand, Narong Sritalayon.

Pada penghujung tahun 2021 lalu, GWM telah melancarkan kenderaan elektrik (EV) kompak, Ora Good Cat di Thailand. Model ini menjadi EV yang paling popular di negara itu pada tahun lepas. Syarikat tersebut berharap untuk memulakan pengeluaran model Ora Good Cat di Thailand pada tahun depan dan akan mendapatkan lebih banyak komponen tempatan, termasuk pek bateri, untuk memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah skema insentif kerajaan.
Kos pembinaan kilang pemasangan bateri di Thailand dijangka antara 500 juta hingga satu bilion baht Thailand. Di peringkat awal ini, SVOLT Energy Technology, subsidiari GWM, akan memulakan pengeluaran bateri di Thailand. Bergantung kepada permintaan dan sokongan kerajaan Thailand, kapasiti pengilangan kilang itu nanti akan dipertingkat dengan pelaburan tambahan. Selain itu, GWM juga mungkin akan menjadi pengilang kontrak bagi bateri untuk pengeluar-pengeluar kereta lain.

Pada masa ini, GWM memperoleh pek bateri berkapasiti 63.1 kilowatt jam daripada syarikat CATL di China untuk varian Ora Good Cat 500 Ultra yang diimport ke Thailand. Namun, GWM belum mempunyai rancangan untuk membeli bateri dari CATL bagi model-model yang akan dihasilkan di Thailand pada masa akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQM1185
SELANGOR
BSM5186
JOHOR
JYR5621
PULAU PINANG
PRY7139
PERAK
APF3057
PAHANG
CFF3302
KEDAH
KGE3730
NEGERI SEMBILAN
NEJ5340
KOTA KINABALU
SJQ3051
KUCHING
QAB2458N
Terakhir Kemas Kini 15 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.19
+0.03
Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026
Berita Terkini
Ora Good Cat Kini Tinggal Kenangan Di Thailand – Malaysia Bakal Terima Nasib Yang Sama?
Berita mengejutkan datang dari negara jiran utara kita. GWM Thailand dilaporkan telah menghentikan pengeluaran dan jualan model EV popular, Ora Good Cat
04-02-2026
Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit
Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.
03-02-2026
Mercedes-Benz S-Class (W223) Facelift Kini Lebih Hebat! Enjin V8 Terbaru & Teknologi AI
Selepas hampir enam tahun mendominasi pasaran limosin mewah dunia, Mercedes-Benz akhirnya mendedahkan wajah baharu bagi model S-Class (W223) Facelift.
30-01-2026
Honda Prelude Lancar Di Indonesia – Terhad, Dari RM240K, Malaysia Seterusnya?
Indonesia nampaknya 'memintas' jiran-jiran di rantau ASEAN apabila secara rasmi melancarkan Honda Prelude generasi keenam.
28-01-2026
Chery China Panggil Semula Tiggo 7 & Jaecoo J7, Versi Malaysia Selamat
Gergasi automotif China, Chery, baru-baru ini telah mengumumkan pemanggilan semula sebahagian kecil unit dua model SUV.
27-01-2026
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit
Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.
23-01-2026
Pengeluaran Pertama Geely EX2 Bermula Di Indonesia
Pemasangan tempatan (CKD) bagi Geely EX2 yang dikatakan sebagai ‘kembar’ kepada Proton e.MAS 5 dan dipasarkan sebagai Geely Xingyuan di China telah pun bermula di Indonesia, baru-baru ini.
23-01-2026
Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia
Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.
22-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat