Jangan Was-Was Beli Proton X90, Ada Sebabnya

PROTON X90 baru sahaja dilancarkan semalam namun tahukah anda, kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen D ini telah menerima penarafan 5 bintang ASEAN NCAP dengan mencatatkan skor keseluruhan sebanyak 83.75 mata.
Proton X90 ini telah diuji di makmal China Automotive Technology and Research Center (CATARC) di China.

Ia dinilai berdasarkan protokol penilaian ASEAN NCAP 2021-2025 di mana ia menekankan ciri-ciri ADAS termasuk ujian brek kecemasan autonomi (AEB) dan keselamatan penunggang motosikal.

Dari segi keselamatan penumpang dewasa, X90 memperoleh 30.20 daripada 32 mata memandangkan ia dilengkapi dengan enam beg udara.
Bagi Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP) pula, SUV segmen-D ini mencatatkan skor 45.37 daripada 51 mata keseluruhan.

Malah, untuk protokol ujian bantuan keselamatan yang baru ditambah, X90 menunjukkan prestasi yang agak baik untuk bahagian ujian AEB kerana berupaya mengesan pejalan kaki.
Bukan itu sahaja, pengesanan titik buta dan keselamatan penunggang motosikal juga memperoleh penilaian yang cukup memuaskan.

Secara keseluruhan, SUV ini berjaya menerima penarafan 5 bintang dalam segmen ini, dengan mencatatkan16.5 daripada 21 mata maksimum.
Selain X90, model X50 dan X70 juga mendapat penarafan 5 bintang untuk ujian ASEAN NCAP, walaupun kedua-dua model telah diuji berdasarkan protokol ujian ASEAN NCAP 2017-2020 sebelum ini, ia tidak termasuk segmen ujian ADAS.
Proton X90 2023 didatangkan dalam empat varian dan ia ditawarkan serendah RM123,800.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban
Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.
12-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



