Jualan PROTON Melonjak

Pengeluar kereta nasional PROTON meneruskan permulaan kukuhnya bagi tahun ini apabila erjaya menjual 9,415 unit kenderaan pada bulan lalu.
Ini bermakna, syarikat mencatatkan pertumbuhan sebanyak 6.5 peratus berbanding bulan April 2022.
Jumlah berkenaan menjadikan jumlah jualan sebanyak 49,702 unit untuk empat bulan pertama tahun 2023, bersamaan dengan pertumbuhan sebanyak 39.8% berbanding tahun sebelumnya.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, Proton merupakan satu-satunya jenama automotif di lima tangga teratas jadual jualan yang mencapai perumbuhan jualan pada bulan April.
“Oleh itu, pegangan pasaran bagi bulan itu dianggarkan 20.4 peratus mengekalkan tempat kedua dalam jadual jualan automotif nasional, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan,”katanya dalam satu kenyataan.

Secara keseluruhannya, menurutnya, jualan pada bulan April menyusut lebih 41.4% selepas rekod tertinggi baharu yang dicatatkan pada bulan Mac kerana Jumlah Volum Industri (TIV) dianggarkan berjumlah 46,203 unit.
Penurunan ini adalah bukan sahaja akibat tempoh cuti, tetapi juga penamatan tempoh penyerahan untuk pesanan yang dibuat semasa skim insentif bebas cukai PENJANA.
“Walaupun terdapat penurunan dalam TIV untuk bulan April, tiga model Proton terus menjadi peneraju segmen keseluruhan untuk tahun 2023 membuktikan keupayaan jenama untuk mengekalkan permintaan semasa bulan jualan yang perlahan,”tambahnya.
Model Jumlah unit terjual Jumlah jualan 2023 Pencapaian jualan untuk bulan ini.
PROTON X50 PALING LARIS!

Untuk makluman anda, Proton X50 kekal sebagai SUV segmen B terlaris dengan 2,644 unit diserahkan pada bulan April dan kekal sebagai SUV terlaris keseluruhan di Malaysia.
NOMBOR 2 PALING LARIS, PERSONA
Satu lagi peneraju segmen keseluruhan ialah Proton Persona, yang mencapai 1,263 penyerahan pada bulan lepas yang membolehkannya kekal sebagai peneraju keseluruhan bagi pasaran sedan segmen B selepas empat bulan.
Akhirnya, dengan 465 unit terjual, Proton Exora bukan sahaja mencapai bulan jualan terbaiknya untuk tahun ini, tetapi juga kekal sebagai peneraju jualan bagi MPV segmen C dengan 1,559 unit terjual setakat ini.

Bagi model Proton yang lain, Proton Saga masih mendahului semua model dari segi jualan dengan 3,949 unit diserahkan, menjadikan jumlah jualan sebanyak 21,395 unit untuk tahun 2023.
Ini membolehkan model ini berada di tempat kedua untuk jualan sedan segmen A.
Proton X70 dan Proton Iriz pula mencapai 756 unit dan 338 unit meletakkan mereka di tempat ketiga dan keempat dalam segmen masing-masing.
Bagaimanapun, Roslan mengucapkan berterima kasih kepada pelanggan kami kerana membantu PROTON menjadi satu-satunya jenama yang mencapai pertumbuhan jualan berbanding bulan April 2022.

“Dengan pelancaran Proton X90 secara rasmi oleh Perdana Menteri pada 7 Mei, syarikat akan mempunyai tiga model SUV untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam segmen itu serta model pertamanya dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) tidak lama lagi.
Ini akan membantu membentuk asas yang baik untuk penawaran model masa depan kami dan memberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada rangkaian pengedar Proton dalam aspek menjual dan menservis kenderaan ini,” ujarnya.
Sementara itu, jualan eksport Proton mencatatkan bulan terbaik untuk tahun ini dengan 187 unit dihantar ke pasaran luar negara.

Selepas empat bulan, model eksport paling popular ialah Proton Saga diikuti dengan Proton X50 dan Proton X70.
Jumlah jualan eksport untuk empat bulan pertama tahun ini kini berjumlah 603 unit.
“Volum eksport Proton untuk tahun 2023 adalah perlahan untuk mencapai jumlah yang dijangkakan disebabkan oleh beberapa faktor ekonomi global luaran.
“Namun, kami kekal positif tentang prospek jualan luar negara kami untuk tahun ini dan sedang giat bekerjasama dengan rakan kongsi kami untuk meningkatkan profil jenama serta mempromosikan produk pintar kami,” tambahnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7364
SELANGOR
BSQ8642
JOHOR
JYY8294
PULAU PINANG
PSD1543
PERAK
APJ2704
PAHANG
CFG7958
KEDAH
KGG5430
NEGERI SEMBILAN
NEK6715
KOTA KINABALU
SJS4420
KUCHING
QAB166P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat