ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Jualan Yaris Ativ Dihentikan Tapi Ada Sebabnya

Suhana Veru

Kongsi melalui


Gara-gara Daihatsu Motor Co. mengakui bahawa pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan baru-baru ini, Toyota Motor Corporation telah menghentikan pengeluaran dan jualan Yaris Ativ di Thailand .

Untuk makluman, Ativ  lebih dikenali sebagai Vios di Malaysia.


Ketua Pegawai Eksekutif Toyota bagi rantau Asia, Masahiko Maeda berkata, bahawa masalah itu timbul  kerana tekanan yang diberikan kepada Daihatsu untuk memendekkan masa pembangunan model terbabit.

Sebaliknya, beliau menegaskan bahawa model tersebut yang digunakan pelanggan ketika ini adalah selamat.

Buat masa ini, Toyota sedang berbincang dengan kerajaan Thailand untuk menyambung semula jualan model itu.

Menurutnya, jika pembangunan dijalankan dalam keadaan yang teratur masalah seumpama ini tidak akan berlaku.

"Saya fikir hakikat bahawa ia masih berlaku, bermakna terdapat beberapa jenis tekanan di tapak pembangunan,"katanya pada sidang akhbar di Bangkok.


Terdahulu, kecoh satu dunia apabila Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya. 

Antara empat model yang terlibat adalah Perodua Axia 2023. Toyota Vios baharu (dikenali sebagai Yaris Ativ di pasaran Thailand) dan Toyota Agya serta sebuah lagi model yang sedang dibangunkan Daihatsu.

Susulan itu, lantas Perodua dan Toyota tampil dengan membuat kenyataan bahawa kereta keluaran mereka (Axia, Vios) adalah selamat digunakan.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-06-2024
Kereta Baru

25-04-2024
Berita Auto

28-11-2023
Kereta Baru

18-09-2023
Kereta Baru

09-05-2023
Global

04-04-2023
Global

10-03-2023
Berita Auto

22-11-2022

Berita Terkini

Global
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global
EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.