KECOH: Budak Pandu Kereta, VIOS Pulak Tu..

Satu Malaysia terkejut semalam apabila akhbar tempatan melaporkan seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia enam tahun memandu kereta Vios.
Kanak-kanak itu turut membawa adiknya yang berusia tiga tahun Kejadian mengejutkan itu berlaku di Jalan Bukit Tangga di Langkawi, semalam.
Perkara itu disedari selepas kereta Vios yang dipandu kanak-kanak berkenaan terlibat dalam kemalangan mujur kedua-duanya terselamat.
Difahamkan, kanak-kanak itu mengakui bahawa dia mahu pergi ke kedai untuk membeli kereta mainan apabila ditanya penduduk yang berhenti untuk membantu.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

"Kemalangan berpunca daripada kereta yang dipandu dari rumahnya tanpa pengetahuan ibu bapa dan hilang kawalan serta terbabas masuk ke tepi jalan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi.
"Pemandu mengalami kecederaan di dagu, manakala penumpang tidak cedera," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, dua beradik itu dipercayai keluar dari rumah ketika bapa mereka sedang tidur, manakala ibu berada di dalam bilik air.
"Kanak-kanak itu dipercayai memandu pada jarak kira-kira 2.5 kilometer sebelum terbabas dan melanggar tiang lampu," ujarnya.
Kes disiasat bawah Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Terdahulu, klip video yang tular di internet menunjukkan kereta Vios itu seolah-olah dipandu lelaki mabuk kerana terhuyung-hayang di atas jalan raya.
Apapun, sentiasa awasi pergerakan anda!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat