ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lexus Klang Dibuka Secara Rasmi – Bilik Pameran Mesra Alam Pertama Lexus Malaysia!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bilik pameran Lexus Klang ini dikendalikan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd.


Lexus Malaysia dengan bangganya mengumumkan pelancaran bilik pameran baharunya, Lexus Klang. Dibangunkan pada 1 Januari 2023 di Bandar Klang, bilik pameran yang diuruskan oleh PCM Klang Motor Sdn Bhd ini merupakan bilik pameran Lexus mesra alam yang pertama di negara ini. 



Lexus Klang banyak memanfaatkan penggunaan bahan mampan dengan jangka hayat yang lebih panjang berbanding yang biasa


Walaupun mengetengahkan konsep mesra alam, aura mewah Lexus kekal terserlah 


Pelancaran premis hijau Lexus Malaysia ini adalah selaras dengan komitmen syarikat untuk mengurangkan jejak karbonnya demi mencapai neutraliti karbon menjelang tahun 2050.


Dalam pembinaan bangunan ini,  Lexus Malaysia telah mengintegrasikan bahan-bahan mampan dan teknologi jimat tenaga. Bilik pameran Lexus dilimpahi cahaya LED yang menggunakan tenaga secara efisien dengan pengesan gerakan.


Lexus Malaysia berusaha mengurangkan intensiti penggunaan tenaga dan penggunaan air dalam bangunan baharu ini, sambil meningkatkan pengalaman pelanggan.


Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K., "Kami berbangga dapat menawarkan kepada para pelanggan antara pengalaman yang terbaik dan paling canggih melalui bilik pameran ini, yang bergabung baik dengan planet demi masa depan yang lebih hijau.”



Bangunan ini turut dibina menggunakan teknologi binaan hijau yang terkini


Selain kepekaan terhadap alam sekitar, Lexus Klang berusaha menjadikan kenderaan mewah lebih mudah untuk diakses. PCM Klang Motor Sdn Bhd, yang juga merupakan pengedar kenderaan Toyota berlesen, menyatakan bahawa mereka menawarkan pelanggan Toyota peluang untuk menaik taraf kenderaan melalui program trade-in.


Pengendalinya, PCM Klang Motor Sdn Bhd juga merupakan pengedar kenderaan Toyota berlesen, anda boleh menaik taraf kenderaan melalui program trade-in


Model terbaru yang kini ditawarkan Lexus Malaysia ialah Lexus RX 2023. Model generasi kelima bagi model Lexus yang terkenal ini telah dibina berdasarkan platform TNGA baharu dan menampilkan teknologi canggih serta pelbagai elemen mewah yang sinonim dengan jenama Lexus. Lexus RX ditawarkan pada harga yang bermula dari RM468,888.


Bagi yang merancang untuk mengunjungi bilik pameran terbaru Lexus, anda boleh ke Lexus Klang yang beralamat di No. 1137, Jalan Kepayang, Kawasan 17, 41050 Klang, Selangor. 


Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Lexus Klang di +(603) 3345 6482 atau layari https://www.lexus.com.my/

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE5834

SELANGOR

BSR3247

JOHOR

JYB7162

PULAU PINANG

PSD4735

PERAK

APJ5421

PAHANG

CFG9541

KEDAH

KGG7895

NEGERI SEMBILAN

NEK7927

KOTA KINABALU

SJS7792

KUCHING

QAB1307P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

29-07-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Berita Auto

14-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix, secara rasmi mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memulakan ujian jalan raya di Cyberjaya.

30-06-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

30-06-2026
Berita Auto

Proton Lantik Grand Motors Sebagai Pengedar Rasmi Proton e.MAS Di Brunei

PROTON Lantik Grand Motors Kendali Rangkaian EV Di Brunei.

29-06-2026
Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Berita Auto

LRT3 Dilancar Rasmi, Tambang Percuma Hingga 31 Julai

LRT3 laluan Shah Akhirnya Siap, Tambang Percuma Hingga 31 Julai 2026.

29-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.