- Berita
- Berita Auto
- Lexus RX 2023 Bakal Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi? Ini Segalanya Yang Kita Tahu...
Lexus RX 2023 Bakal Dilancarkan di Malaysia Tidak Lama Lagi? Ini Segalanya Yang Kita Tahu...

Lexus Malaysia telah berkongsi video teaser SUV Lexus RX generasi kelima melalui laman Facebook rasminya, semalam.
Diperkenalkan buat pertama kalinya pada bulan Jun 2022, Lexus RX serba baharu ini ditawarkan dalam empat varian iaitu RX350, RX350h, RX450h+ dan RX500h F Sport Performance.
RX350 dikuasakan oleh enjin T24A-FTS turbo 2.4L yang menyalurkan kuasa kepada roda hadapan melalui transmisi automatik Direct Shift 8 kelajuan. Output tertingginya ialah 275 hp/430 Nm.
RX350h dikuasakan oleh enjin empat silinder aspirasi natural 2.5L A25A-FXS dengan sistem hibrid siri-selari yang digabungkan dengan bateri 1.6-kWh. Kuasa disalurkan kepada sama ada roda hadapan atau kesemua roda (E-Four) melalui transmisi eCVT. Kuasa maksimum yang mampu dicapai ialah 246 hp/316 Nm.
Seterusnya, RX 450h+, varian hibrid plug-in yang menggunakan enjin empat silinder aspirasi natural 2.5L A25A-FXS, dengan gabungan motor elektrik hadapan (180 hp/134 kW) dan belakang (54 hp/40 kW) yang menerima suapan tenaga daripada bateri lithium-ion 18.1-kWh. Sistem ini membolehkan RX 450h+ mencapai output 302 hp.

Varian tertinggi, RX500h menggunakan enjin petrol 4 silinder berpengecas turbo 2.4L T24A-FTS dengan sistem hibrid selari yang digabungkan dengan motor elektrik belakang (eAxle). Kuasa daripada enjin disalurkan kepada roda hadapan, sementara motor elektrik pula kepada roda belakang, sekaligus menjadikannya sebuah kenderaan pacuan semua roda. Output tertingginya 366 hp/550 Nm.
Dibina berdasarkan platform TNGA (GA-K), penggunaan platform GA-K membuatkan RX kali ini memiliki pusat graviti yang lebih rendah sehingga 15 mm berbanding model sebelum ini. Platform ini juga membuatkan RX 2023 90 kg lebih ringan.

Dari segi rekaan, RX masih mengekalkan penggunaan gril eksklusif Lexus jenis spindle namun dengan corak yang lebih kecil dan kurang ‘tajam.’ Model kali ini menggunakan rim bersaiz antara 19 hingga 21 inci.

Bergerak ke bahagian dalam, reka bentuk papan pemukanya kelihatan lebih ringkas, lengkap dengan sistem infotainmen bersaiz 9.8 ke 14 inci yang kini boleh dikawal dengan menggunakan sentuhan jari pada skrin, tiada lagi ciri Remote Touch.
Varian Apakah Yang Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia?
Terdapat laporan yang mendedahkan bahawa untuk pasaran Malaysia, Lexus RX 2023 ini nanti akan ditawarkan dalam dua varian iaitu RX350 Luxury pada harga antara RM470k hingga RM480K dan RX500h F Sport pada harga yang dianggarkan antara RM510k hingga RM520k.
Lexus RX Yang Kini Ditawarkan Di Malaysia
Buat masa ini, Lexus RX yang ditawarkan di Malaysia dijual pada harga antara RM429,888 untuk varian RX300 Premium hingga RM470,888 bagi varian RX300 F Sport.
Apakah pendapat anda mengenai Lexus RX 2023? Kongsikan pandangan di ruangan komen yang disediakan di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR7645
SELANGOR
BSN5897
JOHOR
JYT7125
PULAU PINANG
PSA8544
PERAK
APG2695
PAHANG
CFF9401
KEDAH
KGE9242
NEGERI SEMBILAN
NEJ8671
KOTA KINABALU
SJR614
KUCHING
QAB4655N
Terakhir Kemas Kini 31 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000
Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.
04-12-2025
SUV Mewah Off-Road Lexus GX 2026 Disahkan Bakal Tiba Di Malaysia
Lexus Malaysia beri bayangan pelancaran SUV Lexus GX generasi ketiga. Model body-on-frame tujuh tempat duduk ini hadir dengan enjin V6 Turbo dan teknologi off-road E-KDSS.
28-11-2025
Lexus NX 350h Luxury 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – Varian Hibrid Terbaru, Dari RM395,888
Lexus Malaysia sekali lagi membuat kemas kini barisan produknya ‘dalam diam’ dengan memperkenalkan varian baharu SUV NX, iaitu Lexus NX 350h Luxury.
29-07-2025
Dilancar: Lexus RX 500h F Sport Special Edition-Harga RM512,888, HANYA Ada 50 Unit Di Malaysia!
Lexus Malaysia secara senyap-senyap melancarkan edisi terhad baharu SUV saiz sederhana mereka, dikenali sebagai Lexus RX 500h F Sport Special Edition.
22-07-2025
Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition
Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).
23-08-2024
UMWT Dah Jual Kereta Dari Jan-Julai, Lebih 55K Kereta
UMWT mencapai jualan yang memberangsangkan pada Julai lepas apabila jualan bulanan melebihi 9,000 unit.
15-08-2024
Lexus LBX, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM238K
Lexus LBX Premium dijual bermula dari RM238,888 manakala varian teratasnya, Luxury (RMRM268,888).
23-07-2024
Berita Terkini
Lagi Video Penunggang Motosikal Maut Tular Di Media Sosial
Seorang pelajar tunggu SPM maut selepas rempuh bas.
30-03-2026
Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200
Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.
30-03-2026
Nak Isi Minyak, Wajib Bayar Di Kaunter: KPDN Perketat Syarat Isi Petrol Guna Kad Kredit, Debit Asing
Penggunaan Kad Debit/Kredit Asing Disekat Bermula Rabu ini.
30-03-2026
Nak Jimat Minyak? Ahmad Maslan Cadang Carpool, Berbasikal
Resipi Ahmad Maslan Lawan Harga Minyak: Dari Basikal ke EV.
30-03-2026
Lama Tak Servis Kereta Proton? Inilah Masanya! Servis Bermula Serendah RM120 Sahaja
Jangan Biar Kereta Merana! PROTON Tawar Harga 'Runtuh' Untuk Servis Hingga Jun Ini.
30-03-2026
Sampai Bila Jenayah Pemandu Mabuk, Pengaruh Dadah Terus Ragut Nyawa
Harap Ada Tuntutan Hukuman Lebih Berat: Pemandu Mabuk Punca Kematian Sia-Sia.
30-03-2026
Lesen Mati Lebih 36 Bulan Tak Dapat Subsidi Budi95
Syarat Baharu BUDI95: Pastikan Lesen Memandu Aktif, Elak Hilang Kelayakan Subsidi.
26-03-2026
Berapa Liter Budi95: 200 Liter Sebulan
Hampir 90% Rakyat Tak Terjejas? Ini Fakta Penyelarasan BUDI95 Yang Perlu Anda Tahu.
26-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat