MARii Dedah Rancangan Pembangunan Industri EV Malaysia

CEO MARii, Azrul Reza Aziz
Institut Automotif, Robotik, dan IoT Malaysia (MARii), agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) baru-baru ini telah membentangkan Rancangan Pembangunan Kenderaan Elektrik (EV) di Malaysia secara terperinci semasa ASEAN Battery and EV Technology Conference 2023 (ABEVTC) pertama yang telah diadakan di Bali, Indonesia pada 9 hingga 11 Mei 2023 lalu.

Persidangan tersebut adalah sebuah persidangan anjuran bersama Singapore Battery Consortium (SBC), Indonesia's National Centre for Sustainable Transportation Technology (NCSTT), Thailand Energy Storage Technology Association (TESTA), dan Hioki E.E Corporation dihadiri oleh pakar industri EV dan profesional.
Dalam ucapan di persidangan, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Encik Azrul Reza Aziz, telah mendedahkan Pelan Pembangunan EV di Malaysia yang sejajar dengan Dasar Automotif Kebangsaan (NAP) 2020.

SUV elektrik, Peugeot e-2008 dipertontonkan buat pertama kalinya di Malaysia semasa acara Malaysia Autoshow 2023
NAP 2020 adalah dokumen dasar yang menggariskan strategi kerajaan Malaysia untuk memajukan industri EV di Malaysia. Dengan matlamat mewujudkan industri automotif yang kompetitif dan mampan di Malaysia, dasar ini memberi penekanan pada pembangunan teknologi hijau dalam sektor automotif, dengan tumpuan khusus pada EV.
Encik Azrul Reza Aziz juga menjelaskan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk industri EV. Ini termasuk komitmen dalam Persidangan Kerangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 45% menjelang 2030, yang mana sasaran ditetapkan untuk negara adalah untuk mencapai sifar pelepasan karbon menjelang 2050.

EV dari negara China yang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, Neta V
Dalam hal ini, kerajaan mengambil tindakan proaktif untuk menarik pelaburan EV dan mencapai sasaran kebangsaan iaitu 15% jumlah keseluruhan industri (TIV) untuk EV dan hibrid menjelang 2030 dan 38% TIV menjelang 2040.
Dalam aspek infrastruktur pengecasan, sasaran negara adalah untuk menyediakan sejumlah 10,000 stesen pengecasan EV awam menjelang 2025.
"Kami komited untuk mencapai sasaran kebangsaan ini dan sedang bekerjasama dengan pemain industri, golongan akademik, dan agensi kerajaan untuk mencipta persekitaran kondusif bagi pertumbuhan industri EV di Malaysia," kata Encik Azrul Reza Aziz.
"Melalui inisiatif seperti pembangunan kemahiran dan latihan tenaga kerja, kami ingin melahirkan tenaga kerja terlatih dalam bidang EV seperti pengilangan, penyelenggaraan, dan pembaikan EV, pada masa yang sama mempromosikan penggunaan EV di Malaysia," tambahnya.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8391
SELANGOR
BSU1024
JOHOR
JE8786J
PULAU PINANG
PSF8944
PERAK
APL7586
PAHANG
CFH8525
KEDAH
KGJ2795
NEGERI SEMBILAN
NEM1167
KOTA KINABALU
SJU3198
KUCHING
QAB6436P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC
PROTON memeterai perjanjian dengan MARii untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC).
21-11-2025
Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian
Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.
23-09-2024
ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV
Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.
19-02-2024
M'sia Mahu Galakkan Orang Beli Motosikal Elektrik, Sanggup Tawar Rebat
MARii menyambut baik dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dibentangkan pada Belanjawan 2024, minggu lepas.
16-10-2023
MARii Mahu Tingkatkan Kerjasama Industri Automotif
MARii) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif Indonesia (IOI).
21-09-2023
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali! Baca panduan pengunjung ini untuk memudahkan anda.
02-05-2023
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat