Model X, S Versi RHD Dibatalkan

Syarikat pengeluar kereta elektrik (EV) popular dari US, Tesla mengesahkan pihaknya telah menghentikan pengeluaran versi pemanduan kanan (RHD) untuk model S dan X.
Memetik kenyataan Tesla menerusi Autocar UK sebagai berkata keputusan itu akan membantu "meningkatkan pengeluaran dan meningkatkan kualiti dengan lebih berkesan."


Pada tahun 2022, Tesla dilaporkan telah menghasilkan lebih 1.2 juta unit model 3 dan model Y.
Sebaliknya, hanya 71,777 unit model X dan S dibina sepanjang tempoh berkenaan.
Biarpun, versi RHD untuk model S/X dibatalkan, namun Tesla ada menawarkan pilihan lain buat pelanggan yang sedang menunggu penghantaran RHD pada tahun ini.



Jika pelanggan di Ireland mahu menukar tempahan mereka untuk Model 3 atau Model Y, Tesla akan menawarkan €2,000 RMM9,780 sebagai kredit untuk sokongan mereka manakala AUD3,000 (RM9,000) di Australia.
Pilihan kedua pula membenarkan pelanggan meneruskan tempahan mereka tetapi akan menerima pemanduan sebelah kanan (LHD) yang mana ada beberapa pasaran terpilih menerima elaun khas untuk kereta LHD misalnya di United Kingdom dan Jepun.

Pilihan ketiga pula ialah Tesla membenarkan pelanggan untuk membatalkan pesanan model S/X mereka tetapi Tesla akan membuat bayaran balik sepenuhnya bagi pelanggan yang sudah pembayaran.
Buat masa ini, masih tidak jelas sama ada Tesla akan membuat pengeluaran semula RHD untuk model S dan X atau tidak.

Apa yang cukup menarik ialah pelanggan LHD boleh memilih model S Plaid yang berprestasi dan gred tinggi yang cuma ditawarkan secara eksklusif untuk LHD.
Tetapi adakah anda ingin memiliki model S/X dengan kedudukan pemanduan yang betul sebelum ia lenyap dalam pasaran? Kami ada beberapa senarai model yang ingin dijual oleh rakan kongsi kami.
Klik ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1185
SELANGOR
BST1065
JOHOR
JC7982J
PULAU PINANG
PSE9055
PERAK
APK8274
PAHANG
CFH5068
KEDAH
KGH6449
NEGERI SEMBILAN
NEL5204
KOTA KINABALU
SJT6328
KUCHING
QAB4328P
Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Perhatian Buat Pemilik Tesla!
Tesla Malaysia melancarkan stesen supercharging yang terbesar di Asia Tenggara, di Gamuda Cove, Selangor.
20-03-2024
Apa Cerita Ni, Main Turunkan Harga Kereta
Tesla dilaporkan telah menurunkan harga varian model Y Long Range dan Performance di China mulai hari ini.
14-08-2023
Tesla Model Y Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dari RM199,000
Tesla Model Y Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia, Dari RM199,000
20-07-2023
Berita Terkini
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Isu Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV, Ini Pula Komen BMW
BMW Group Malaysia menggesa agar cadangan kerajaan memperkenalkan levi (EV) bagi membiayai rangkaian pengecasan awam dibincangkan secara mendalam bersama pemain industri.
06-08-2026
Kerajaan Pertimbang Kenakan Caj Ke Atas Jualan EV Untuk Bina Pengecas Awam
Kerajaan sedang kaji untuk mengenakan satu caj ke atas jualan EV.
04-08-2026
Tesla Destination Charger Mula Dikenakan Bayaran RM0.88/kWh
Masih Murah Berbanding Pasaran: Berapa Kos Sebenar Cas Tesla Sekarang?
28-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
