ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Paten Terbaharu Mazda Didedahkan: Kereta Sport Dengan Enjin Rotari

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Mazda dilaporkan telah mengemukakan permohonan paten, yang diserahkan kepada  US Patent and Trademark Office pada tahun 2021. Paten yang baru diterbitkan ini memaparkan sebuah kereta sport dengan enjin rotari yang dipasang di bahagian hadapan.




Laporan awal dari The Drive menunjukkan bahawa enjin rotari ini adalah sebahagian daripada sistem hibrid plug-in (PHEV), yang terdiri daripada tiga motor elektrik - dua motor induksi berkuasa 23 hp pada gandar depan, dan satu motor synchronous magnet kekal berkuasa 36 hp untuk roda belakang. Ini bermakna model sport baharu Mazda itu nanti merupakan sebuah kenderaan pacuan semua roda dengan tiga motor,  sama seperti kereta sport PHEV lain seperti Ferrari 296 GTB dan McLaren 750S yang baru dilancarkan.


Berkenaan dengan bateri hibrid yang digunakan, paten ini menunjukkan Mazda menggunakan empat modul 48V yang disimpan dalam satu pakej kompak. Susunan ini dapat berfungsi sebagai bateri 48V individu pada beban sistem yang lebih rendah, tetapi apabila diperlukan, sistem elektronik bateri akan melakukan konfigurasi secara automatik supaya dapat berfungsi sebagai dua siri bateri 96V. 





Susunan bateri yang kompak sebegini bukan sahaja dapat mengurangkan berat, tetapi juga menjimatkan ruang berbanding susunan bateri biasa. 




Penghasilan sebuah kereta sport yang ringan perkara yang penting bagi Mazda. Permohonan paten yang dibuat ini menjadi ‘bayangan’ bahawa syarikat Jepun ini mungkin akan mengeluarkan kereta sport baharu. Benar atau tidak, masih tiada lagi sebarang pengumuman rasmi. 




Sebelum ini, kami pernah melaporkan bahawa  Mazda merancang untuk terus menghidupkan MX-5 dengan pelancaran generasi terbaharu. Selain itu, Mazda juga pernah memberikan gambaran konsep model baru untuk menyokong strategi EV mereka. Ketika itu mereka telah memperlihatkan sebuah model kereta sport kompak dengan reka bentuk futuristik, namun secara samar. 


Apakah pendapat anda mengenai paten terkini daripada Mazda? Kongsikan di pandangan anda di ruangan komen yang disediakan di bawah. 


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX1952

SELANGOR

BSU8035

JOHOR

JG8592J

PULAU PINANG

PSH1946

PERAK

APM6992

PAHANG

CFJ3284

KEDAH

KGJ6927

NEGERI SEMBILAN

NEM4960

KOTA KINABALU

SJU9642

KUCHING

QAB9422P

Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

12-02-2026
Global

29-01-2026
EV

12-01-2026
Global

29-10-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Global

30-09-2025
Pandu Uji

07-09-2025

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.