ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PDRM Pertimbang Cadangan Galak Penggunaan Dashcam

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Ketua Polis Negara Malaysia (KPN), Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani baru-baru ini telah memberitahu portal berita, The Vibes bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggalakkan penggunaan perakam video digital (DVR) atau dashcam dalam kenderaan persendirian. 


Ketua polis negara tersebut menyatakan bahawa peranti tersebut sangat membantu dalam siasatan kemalangan jalan raya serta aduan awam mengenai keselamatan lalu lintas dan pelanggaran. Dashcam juga penting untuk membantu pihak polis menyiasat sebarang kejadian yang berlaku di jalan raya dan kawasan awam.




Idea tersebut datang daripada satu penulisan di media sosial baru-baru di Facebook yang meminta maklum balas orang awam mengenai pemasangan dashcam:


 


"Penggunaan dashcam sepatutnya digalakkan," kata Tan Sri Acryl kepada penerbitan tersebut. 


"Ini boleh dicadangkan (kepada JPJ dan kementerian)," jawabnya apabila ditanya sama ada PDRM akan membentangkan cadangan untuk menggalakkan penggunaan dashcam yang lebih meluas. 


Selain itu, Tan Sri Acryl Sani juga menyatakan bahawa PDRM turut menggalakkan pengaliran maklumat yang tepat serta penyaluran maklumat daripada orang awam dalam sebarang kejadian trafik dan jenayah.



Idea menjadikan dashcam sebagai keperluan wajib telah dikemukakan sebelum ini oleh pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Muzaffar Syah Mallow tahun lalu. Menurut beliau, rakaman dashcam dapat dijadikan sebagai sumber untuk membuktikan sesuatu kes.


Namun, cadangan tersebut ditolak oleh Datuk Seri Wee Ka Siong yang merupakan Menteri Pengangkutan pada ketika itu, yang mengatakan bahawa terdapat halangan undang-undang dan tanggapan salah daripada orang awam. Wee juga menyatakan peraturan tersebut boleh membebankan golongan berpendapatan rendah (B40).




Walaupun mengakui bahawa rakaman dashcam boleh digunakan untuk tujuan pendidikan keselamatan jalan raya pada masa hadapan, Wee turut berpendapat bahawa ia tidak sepatutnya dianggap sebagai langkah pencegahan dari perspektif keselamatan jalan raya, lapor The Vibes.


Pada masa ini, beberapa pengeluar kereta telah menawarkan model yang sudah dilengkapi dashcam, namun ciri tersebut kebanyakan hanya terdapat pada varian yang lebih tinggi (maksudnya: lebih mahal) atau sebagai aksesori pilihan - seperti kebanyakan model Toyota dan barisan aksesori Perodua GearUp.




Selain itu, bagi memudahkan rakyat Malaysia dalam pemilihan dashcam, MIROS dan CyberSecurity Malaysia juga telah menyediakan penarafan bintang dashcam (CamScore). Sekurang-kurangnya 40 jenama dan produk berbeza disenaraikan, tetapi hanya lima yang meraih penarafan bintang penuh.


Baca: Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia


Apakah pendapat anda? Adakah idea untuk menggalakkan penggunaan dashcam ini baik? Patutkah JPJ dan Menteri Pengangkutan mempertimbangkan perkara ini secara serius? 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR8021

SELANGOR

BSU931

JOHOR

JE8697J

PULAU PINANG

PSF8859

PERAK

APL7550

PAHANG

CFH8514

KEDAH

KGJ2784

NEGERI SEMBILAN

NEM1147

KOTA KINABALU

SJU3172

KUCHING

QAB6415P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

15-05-2023
Berita Auto

15-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026
Berita Auto

Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi

Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.

25-09-2026
Berita Auto

Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing

Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.

25-09-2026
Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.