Previu Toyota Camry Hybrid: Sedan HEV Yang Bakal Masuki M'si Tidak Lama Lagi?

Sewaktu acara tertutup bersama media tempatan termasuk CariCarz yang diadakan semalam, UMW Toyota Motor (UMWT) telah mempamerkan Toyota Camry Hybrid 2.5 HEV Premium Luxury spesifikasi Thailand.
Toyota Camry Hybrid yang dipamerkan dikuasakan oleh enjin petrol DOHC 4 silinder Dynamic Force 2.5L yang digandingkan dengan motor elektrik dan bateri nikel-metal hidrida generasi terbaru 1.6 kWh seperti yang digunakan pada Prius keluaran sebelum ini. Kuasa disalurkan kepada roda hadapan transmisi automatik e-CVT, berbanding transmisi automatik 8-kelajuan yang terdapat pada model petrol. Gabungan sistem ini membolehkan kereta mencapai kuasa 201 hp/310 Nm. Menurut Toyota, varian ini mempunyai kadar penggunaan bahan api sebanyak 4.4 liter/100 km.

Varian hibrid dikuasakan oleh enjin petrol DOHC 4 silinder Dynamic Force 2.5L yang digandingkan dengan motor elektrik dan bateri nikel-metal hidrida generasi terbaru 1.6 kWh


Berbeza dengan varian petrol, model HEV menggunakan transmisi e-CVT. Ia turut hadir dengan mod pemanduan EV dengan fungsi yang sama seperti yang terdapat pada Corolla Cross Hybrid
Dari luar, sedan hibrid ini tidaklah kelihatan begitu berbeza berbanding model petrol lain, tetapi jika diamati dengan teliti, logo Toyota pada gril hadapan dan sudut belakangnya berwarna biru. Selain itu, turut terdapat lambang ‘Hybrid.’





Versi hibrid tampil berbeza pada beberapa bahagian berbanding petrol
Camry Hybrid ini juga hanya memiliki satu corong ekzos di belakang, berbanding dua ekzos yang terdapat pada model biasa. Pada bahagian bumper hadapan dan hatch belakang, terdapat juga aksen krom.
Masuk ke bahagian kabin, tidak begitu banyak perbezaan ketara berbanding versi petrol. Tetapi terdapat beberapa ciri eksklusif yang disediakan untuk varian HEV ini seperti tempat duduk hadapan dengan fungsi ventilasi, tempat duduk belakang yang boleh dilaraskan secara automatik kepada lapan arah, serta tempat letak tangan untuk tempat duduk belakang yang hadir dengan butang kawalan digital.

Ruang dalam versi hibrid secara kasarnya kelihatan sama seperti versi petrol, tetapi versi hibrid sebenarnya hadir dengan beberapa ciri eksklusif


Hanya disediakan untuk varian 2.5 HEV Premium Luxury: Fungsi pengudaraan pada tempat duduk hadapan dan panel kawalan digital di tempat letak tangan belakang
Selain ciri eksklusif di atas, model ini dilengkapi dengan ciri standard lain seperti tempat duduk hadapan dan stereng yang boleh dilaraskan secara automatik (terdapat fungsi memori untuk pemandu), paparan pelbagai info digital (MID), paparan-di-kepala (HUD), infotainmen bersaiz 9 inci dengan kemampuan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto serta sistem audio JBL.


Kit standard adalah termasuk paparan pelbagai info digital (MID) dan juga kamera pandangan 360 darjah
Toyota Camry Hybrid yang dipamerkan dilengkapi teknologi keselamatan Toyota Safety Sense (TSS) yang penuh. Pelbagai ciri bantuan pemanduan dan sistem bantuan pemandu canggih (ADAS) yang disediakan melalui pakej tersebut menjadikan sedan ini termasuk kemampuan pemanduan separa-automatik pada Tahap 2, sekaligus menjadikannya salah satu kereta paling selamat dalam segmen yang sama.
Sepertimana model bZ4X yang dipamerkan, UMWT juga masih enggan mendedahkan tarikh pelancaran Toyota Camry Hybrid.

Namun, berdasarkan kejayaan luar biasa model Camry Hybrid generasi ketujuh yang dipasang secara CKD sebelum ini, dan diubahsuai (XV50) sebelum ini, kami yakin, varian ini akan dilancarkan di pasaran tempatan tidak lama lagi.
Jadi, apakah pendapat anda tentang Camry Hybrid? Adakah model ini cukup menarik hati? Berapakah harga yang sesuai untuk kereta ini? Kongsikan pandangan anda di ruangan komen di bawah.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat