Puluhan Ribu Pengunjung Hari Pertama Malaysia Autoshow

Sebahagian pengunjung menyerbu Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung di MAEPS.
Pada hari pertama Malaysia Autoshow 2023 dibuka kepada umum, kira-kira 10,000 pengunjung menyerbu pameran itu yang ketika ini sedang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Selangor.
Setelah tertangguh tiga tahun akibat pandemik COVID-19, pameran automotif terbesar di Malaysia itu kembali semula untuk edisi 2023.


Seorang pengunjung mencuba pengecas EV, ChargeSini.
Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Nurul Aina Mazlan berkata, pihaknya menyasarkan 200,000 pengunjung sepanjang empat hari pameran itu berlangsung.

Kakitangan terlibat memberi penerangan berhubung skuter elektrik.
Untuk makluman, pameran itu diadakan bermula hari ini dan akan berakhir pada 7 Mei nanti.
“Melihat kepada sambutan yang cukup memberangsangkan, kami menasihatkan para pengunjung supaya membuat tempahan tiket secara dalam talian bagi mengelak kesesakan di kaunter-kaunter tiket.

NURUL AINA.
“Kami menjangkakan, bilangan pengunjung akan bertambah terutama pada hujung minggu nanti,”katanya ketika dihubungi CariCarz.com sebentar tadi.
Dalam pada itu, beliau turut mengajak orang ramai tidak melepaskan peluang daripada mengunjungi pameran itu memandangkan ada beberapa syarikat kereta menawarkan pembelian kereta pada harga yang cukup berbaloi.

Ada juga pengunjung yang tidak melepaskan peluang menaiki motosikal berkuasa tinggi.
“Seperti mana yang diumumkan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, kebanyakan institusi kewangan yang menyertai Malaysia Autoshow 2023 ini menawarkan faedah pinjaman serendah 1.98%"
"Jangan lepaskan peluang untuk test drive, 4.1km kereta kegemaran anda di MAS2023," katanya.

Kebanyakan yang datang berminat untuk menempah kereta baharu.
Namun dengan syarat, tempahan perlu dibuat sepanjang tempoh Malaysia Autoshow 2023 berlangsung.

Beberapa pengunjung membelek sebuah kereta kompak.
Harga tiket bermula dari RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM25 untuk bukan warganegara.

Kebanyakan pengunjung teruja melihat kereta mewah walapun datang sekadar cuci mata.
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi: https://www.ticket2u.com.my/event/30200/malaysia-autoshow-2023%2c-maeps-serdang.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023
BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.
04-05-2023
Nak Tengok Peugeot e-2008, Datanglah Autoshow
Peugeot e-2008 turut membuat penampilan sulungnya sempena Malaysia Autoshow 2023.
04-05-2023
Berita Baik, Ada Pakej R3 Untuk PROTON X50
Pengeluar kereta nasional, PROTON mengumumkan pakej aksesori R3 untuk Proton X50 sempena Malaysia Autoshow 2023.
04-05-2023
Neta V: EV Paling Murah Di Bawah RM100K, Mana Nak Dapat?
Intro Synergy Sdn Bhd kenalkan EV paling murah setakat ini.
03-05-2023
MINI Electric Resolute, Barang Baik, Patutlah Ada 90 Biji Je
Mini Electric Resolute Edition hanya dikeluarkan 90 unit.
03-05-2023
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV: Realiti Sebenar Yang Ramai Tak Tahu!
Pertama Kali Balik Kampung Guna EV? Jangan Takut, Ini Sebab Kenapa Jem Raya Takkan Habiskan Bateri Anda!"
21-05-2026
4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda
Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.
26-03-2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
