ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Subaru Forester Facelift Dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Malaysia Autoshow 2023 yang diadakan baru-baru ini menyaksikan banyak pengeluar kenderaan tempatan dan antarabangsa mempamerkan dan melancarkan pelbagai model terbaharu syarikat. Salah satu jenama yang menyertai acara automotif terbesar negara ini ialah Subaru, yang telah mempamerkan SUV terbaharu, Subaru Forester facelift 2023. 




Subaru Forester GT facelift 2023 dengan kit badan GT khas telah dipamerkan di booth Subaru yang terletak di Hall A, MAEPS. Model yang dipamerkan di sini adalah dalam warna hijau Cascade Green Silica. 




GT Edition menerima pelbagai elemen bukan sahaja menampakkan kereta lebih sporty, tetapi juga meningkatkan prestasi aerodinamik  melalui sambungan bibir (lip extension) hadapan dan belakang, skirt sisi, dan spoiler bumbung. 




Selain kit badan yang lebih ranggi dan penggunaan logo GT, varian tertinggi ini juga menerima rim bersaiz 18 inci khas GT jenis multi-spoke dalam kemasan dua tona, perak dan hitam. 




Pada bahagian lain, Forester hadir dengan beberapa rekaan baharu seperti yang dapat dilihat pada lampu hadapan LED kereta yang kini lebih ‘tajam’ dan agresif, serta lampu nyalaan siang (DRL) LED yang berbentuk C di dalamnya. Di sudut belakang terdapat lampu dalam rekaan sama dengan lampu hadapan. 




Selain Forester, model lain yang turut dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023 ialah crossover Subaru XV, Subaru BRZ dan sedan Subaru WRX. 




WRX yang dipamerkan di acara ini ialah versi 2.4 MT yang menggunakan enjin boxer berpengecas turbo 4 silinder 2.4L, digabungkan dengan transmisi manual enam kelajuan. Sistem ini membolehkan WRX menghamburkan kuasa 271 hp/375 Nm. Sepertimana SUV yang baru dilancarkan (Forester facelift), WRX juga dilengkapi sistem pacuan semua roda simetri (AWD) Subaru yang kini menjadi sebahagian daripada casis platform global Subaru (SGP).




Secara visual, WRX tampil dengan bentuk badan yang lebih ‘ekstrem’ menyerlahkan aura off-road dan rally jentera ini lebih-lebih lagi cladding bawah.


Diimport dari Thailand, Subaru Forester facelift 2023 kini boleh ditempah dengan harga bermula dari RM173,500 untuk varian asas 2.0 i-L, manakala varian sederhana 2.0 i-S ditawarkan pada harga RM183,500. Kedua-dua varian GT - GT Lite 2.0 i-L dan GT Edition 2.0 i-S - masing-masing ditawarkan pada harga RM179,500 dan RM195,500. Semua harga termasuk dengan jaminan kenderaan Subaru selama 5 tahun atau 100,000 km, mana yang datang terlebih dahulu.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

30-05-2025
Berita Auto

03-03-2025
Berita Auto
Berita Auto

31-05-2024
Kereta Baru

15-02-2024
Kereta Baru

23-08-2023
Pandu Uji

25-07-2023
Berita Auto

08-05-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.