Subaru Outback Serba Baharu Kini Rasmi di Malaysia- Dari RM280,390

TC Subaru sebentar tadi telah memperlihatkan model segmen D terbarunya, Subaru Outback generasi keenam. Walaupun ditawarkan dalam dua varian iaitu varian asas, 2.5iT, dan varian premium, 2.4 XT, hanya varian XT dipamerkan ketika acara eksklusif yang diadakan di The Gasket Alley.
TRENKUASA SUBARU OUTBACK 2024

Varian premium, 2.4 XT dikuasakan oleh enjin 2.4L turbo yang memberikan prestasi lebih tinggi iaitu 246 hp/350 Nm berbanding enjin aspirasi natural (NA) pada 2.5iT dengan output kuasa 185 hp/245 Nm. Varian 2.4 XT boleh memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.5 saat dengan kelajuan maksimum 221 km/j.
Kedua-dua varian menggunakan sistem pacuan semua roda Symmetrical All-Wheel Drive dengan Active Torque Split dan transmisi CVT Lineartronic dengan lapan mod maya.
Model ini mampu menempuhi laluan off-road kerana memiliki jarak kelegaan tanah cecah 213 mm serta dwi-mod melalui sistem X-Mode, yang menawarkan pilihan Snow/Dirt, Deep Snow/Mud dan Normal. Untuk mod pemanduan Intelligent dan Sport, sistem Subaru Intelligent Drive (SI-Drive) turut ditawarkan sebagai ciri standard.
REKAAN SUBARU OUTBACK 2024


Subaru Outback dibangunkan di atas platform terkini, Subaru Global Platform (SGP) yang menjanjikan tahap keselamatan, dinamik pemanduan dan tahap NVH yang lebih baik.
Model ini memiliki panjang 4,870 mm, lebar 1,875 mm, tinggi 1,675 mm dan jarak roda 2,745 mm.



Dari segi rekaan, varian XT diberikan beberapa ciri eksklusif iaitu tip ekzos kembar, lampu kabus LED hadapan enam elemen, dan logo pada but belakang.
Ciri standard adakah kehadiran gril heksagon yang diapit oleh lampu depan LED dengan lampu nyalaan siang berbentuk C, pelindung badan hitam dan lampu kabus depan dan belakang.
KABIN SUBARU OUTBACK 2024



Memasuki ruang kabin Outback, dapat dilihat beberapa kelengkapan penting seperti sistem infotainmen berukuran 11.6 inci pada kedudukan potret. Sistem ini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto. Model ini menawarkan pengalaman audio yang mengasyikkan melalui sistem 11 speaker dari Harman Kardon.


Aura kabin diserlahkan dengan penggunaan balutan kulit Nappa untuk tempat duduk. Untuk keselesaan, tempat duduk pemandu boleh dilaraskan kepada 10 arah, manakala penumpang hadapan pula 8 arah.
Ciri menarik lain ialah stereng dengan fungsi pemanasan, kawalan iklim dua zon, kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin serta sistem pemantauan pemandu.
Generasi kali ini juga lebih praktikal dengan bukaan but belakang automatik melalui sensor tanpa sentuhan tangan.
CIRI KESELAMATAN SUBARU OUTBACK 2024
Subaru Outback hadir dengan pakej keselamatan terkini Subaru iaitu EyeSight 4.0 yang terdiri daripada sistem amaran keluar lorong, kawalan jelajah adaptif dan kawalan stereng kecemasan automatik.
Untuk makluman pembaca, teknologi EyeSight 4.0 kini menggunakan teknologi kamera dengan pandangan yang lebih luas,
HARGA PASARAN SUBARU OUTBACK 2024


Berbeza hanya pada enjin yang digunakan, Subaru Outback 2.5i-T Eyesight ditawarkan pada harga RM280,390, manakala Subaru Outback 2.4 XT Touring Eyesight pula pada RM310,390. Harga yang dinyatakan adalah harga atas jalan, tidak termasuk insurans.
Sekiranya anda ingin menyaksikan varian premiumnya, Outback 2.4 XT Touring EyeSight, dengan lebih dekat, boleh kunjungi The Gasket Alley di Petaling Jaya bermula hari ini hingga esok, 21 September.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC5066
SELANGOR
BSQ8046
JOHOR
JYY6327
PULAU PINANG
PSD785
PERAK
APJ2197
PAHANG
CFG7810
KEDAH
KGG5083
NEGERI SEMBILAN
NEK6517
KOTA KINABALU
SJS4156
KUCHING
QAB9860N
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Subaru Dedah Barisan Model Untuk TAS 2026, Video Teaser WRX STI S4 Manual Juga Ditayang
Subaru mendedahkan barisan modelnya sempena TAS 2026 yang akan diadakan pada 9 Januari di Tokyo, Jepun, minggu depan.
02-01-2026
Subaru Forester 2026 Kini Rasmi Di Malaysia – 1 Varian, CBU Jepun, Dari RM221,500
Subaru Forester 2026 kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Harganya? Lebih tinggi berbanding generasi terdahului, kerana model kali ini diimport sepenuhnya (CBU) dari negara Jepun.
30-10-2025
Harga Subaru Forester 2026 Didedahkan – Lebih Mahal, Bukan Lagi CKD?
Pengimport dan pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia Sdn Bhd (Motor Image) telah mendedahkan harga rasmi bagi Subaru Forester 2026 melalui laman web rasmi mereka.
22-10-2025
Subaru Rex Hibrid Baharu Gunakan Sistem Sama Seperti Perodua Ativa, Kini di Jepun
Subaru baru-baru ini memperkenalkan varian hibrid terbaru untuk model kompak crossover, Subaru Rex, di pasaran Jepun.
17-06-2025
Kempen Raya 2025 Subaru Malaysia – Penjimatan Cecah RM38K
Pengedar eksklusif kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, mengumumkan kempen khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.
04-03-2025
Subaru Crosstrek Hybrid Didedah! Harap Ada Sambutan
Subaru mendedahkan Subaru Crosstrek Hybrid ke Amerika Utara pada minggu lepas
20-01-2025
Subaru WRX STI S210 Hanya Ada 500 Unit, Siri S Pertama Guna CVT
Subaru membawa masuk model berprestasi tinggi yang diasaskan daripada WRX S4 STI Sport R EX, Subaru WRX STI S210.
13-01-2025
Subaru BRZ Purple Edition, Hanya 500 Dijual Di Amerika Utara
Apa yang cukup menarik ialah, edisi terhad ini hanya hadir dengan kotak gear manual enam kelajuan.
24-10-2024
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat