Subaru Forester Facelift Rasmi Dilancarkan – 4 Varian, Dari RM173K

Pengedar tunggal kenderaan Subaru di Malaysia, TC Subaru Sdn Bhd, semalam telah memperkenalkan empat varian terbaharu Subaru Forester iaitu 2.0 i-L EyeSight, 2.0 i-L EyeSight GT Lite, 2.0 i-S EyeSight, dan 2.0 i-S EyeSight GT Edition dengan harga yang bermula daripada RM173,500 hingga RM195,500, harga atas jalan, tanpa insurans.
PRESTASI & TEKNOLOGI PEMANDUAN SUBARU FORESTER FACELIFT 2023
Kesemua varian Forester generasi kelima ini masih dikuasakan oleh enjin sama dengan model terdahulu iaitu enjin 2.0L aspirasi natural empat silinder boxer yang boleh mencapai kuasa 154 hp/196 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda melalui sistem pacuan semua roda simetri (SAWD) Subaru dengan teknologi pelepasan tork aktif yang dibantu oleh kotak gear automatik Lineartronic CVT. Gabungan sistem ini membolehkan Forester melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa 10.3 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 193 km/j.


Menyempurnakan sistem SAWD Forester ialah teknologi X-MODE yang telah dipertingkat yang mana sistem kenderaan boleh dipilih untuk disesuaikan dengan pelbagai situasi pemanduan.

Sistem X-MODE Auto Restore terbaharu yang terdapat pada varian 2.0 i-L dan 2.0 i-S boleh melakukan pertukaran mod secara automatik kepada ‘standby’ apabila kelajuan kenderaan lebih daripada 40 km/j dan aktif apabila kelajuan turun di bawah 35 km/j. Berbeza dengan sistem sebelum ini yang mana X-MODE yang dinyahaktifkan secara automatik semasa 40 km/j perlu diaktifkan secara manual, sekaligus dapat membantu meningkatkan fokus pemandu.
Selain itu, kualiti pengendalian Forester kali ini lebih baik dengan penalaan semula sistem suspensi.
LUARAN SUBARU FORESTER FACELIFT 2023
Dua kit badan baharu GT Lite dan GT Edition diperkenalkan bersama model i-L EyeSight dan i-S EyeSight, memberikan jentera ini gaya yang lebih sporty dan dinamik. Kit badan baru ini membantu meningkatkan prestasi aerodinamik kereta melalui sambungan bibir (lip extension) hadapan dan belakang, skirt sisi, dan spoiler bumbung.




Varian i-S EyeSight GT Edition hadir dengan rim aloi baharu bersaiz 18 inci. Sementara itu i-L EyeSight dan GT Lite Forester pula menggunakan rim aloi 17 inci.




Perubahan lain ialah reka bentuk lampu hadapan yang lebih tajam di bahagian depan, dengan DRL LED berbentuk C. Lampu depan ini mengapit gril yang telah diberikan rekaan semula, yang kini dicat dalam warna hitam berkilat berbanding krom untuk model terdahulu. Bergerak ke bahagian belakang, model ini menggunakan lampu belakang baharu dengan ciri reka bentuk sama seperti lampu hadapan, berbentuk C.
KABIN SUBARU FORESTER FACELIFT 2023



Forester facelift dilengkapi dengan pelbagai teknologi, seperti sistem infotainmen HD 8-inci yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, serta sistem pandangan kamera 360 darjah. Selain itu, kedua-dua tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu boleh dilaraskan secara automatik kepada 8 arah dan lengkap dengan fungsi pemanas.


SISTEM KESELAMATAN YANG JAUH LEBIH CANGGIH
Forester generasi kelima ini dilengkapi dengan sistem keselamatan pencegahan inovatif dan terkini dari Subaru, EyeSight 4.0 yang jauh lebih canggih dan intuitif.
EyeSight 4.0 adalah sebuah sistem keselamatan Subaru yang terdiri daripada sembilan fungsi termasuk tiga ciri baharu iaitu sistem pengemudian kecemasan autonomi, fungsi pemusatan lorong dan sistem pencegahan keluar lorong.
Selain empat ciri baharu ini, beberapa sistem keselamatan lain telah diperbaik untuk model kali ini seperti sistem brek pra-pelangarannya yang kini dapat membantu dalam lebih banyak senario trafik.
WARNA SUBARU FORESTER FACELIFT 2023


Forester 2023 ditawarkan dalam tujuh pilihan warna termasuk tiga warna baharu iaitu:
- Cascade Green Silica (baharu)
- Magnetite Gray Metallic (baharu)
- Brilliant Bronze Metallic (baharu)
- Crystal White
- Ice Silver Metallic
- Crystal Black Silica
- Horizon Blue Pearl
HARGA SUBARU FORESTER FACELIFT 2023
Diimport dari Thailand, Subaru Forester facelift 2023 kini boleh ditempah dengan harga bermula dari RM173,500 untuk varian asas 2.0 i-L, manakala varian sederhana 2.0 i-S ditawarkan pada harga RM183,500. Kedua-dua varian GT - GT Lite 2.0 i-L dan GT Edition 2.0 i-S - masing-masing ditawarkan pada harga RM179,500 dan RM195,500. Semua harga termasuk dengan jaminan kenderaan Subaru selama 5 tahun atau 100,000 km, mana yang datang terlebih dahulu.

Untuk melihat model ini dengan lebih dekat, anda boleh melawat tapak pameran Subaru Malaysia di Malaysia Autoshow 2023 yang sedang berlangsung, terletak di Hall A di MAEPS, Selangor.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR5447
SELANGOR
BST9887
JOHOR
JE7645J
PULAU PINANG
PSF8279
PERAK
APL7156
PAHANG
CFH8369
KEDAH
KGJ2494
NEGERI SEMBILAN
NEM694
KOTA KINABALU
SJU2780
KUCHING
QAB6255P
Terakhir Kemas Kini 27 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pandu Uji Subaru Forester Malaysia | SUV Pintar yg mampu milik! | Caricarz.com
Bermula dari RM139k, All-wheel-drive SUV Subaru Forester ni sering diabaikan berbanding pesaingnya Honda CR-V, Nissan X-Trail, Mazda CX-5 dan Mitsubishi Outlander. Tapi jangan memandang rendah Subaru Forester kerena SUV ni mampu tempuhi semua permukaan jalan... Memang Power! Berbaloi ke beli keret
03-09-2021
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat