Tangan Ghaib Siapa Ni Bocorkan Imej EX30

Sebulan lagi Volvo EX30 bakal dilancarkan namun malangnya, imejnya sudah tersebar meluas di internet.
Sebaliknya, imej paten yang tertiris itu hanya memaparkan bahagian luarannya.

Disiarkan di halaman forum automotive, Sepanyol Cochespias, laporan itu berkata, imej itu menggambarkan EX30 menggunakan reka bentuk dan gaya yang serupa seperti adiknya yang lebih besar, EX90.
Dari hadapan, ia menampilkan fasia hadapan tanpa gril dan dipadankan dengan reka bentuk lampu utama Mjolnir yang ikonik.
Walaupun tiada logo Iron Mark terdapat dalam imej paten tersebut, kita boleh membuat andaian bahawa EX30 juga akan menggunakannya, sama seperti model Volvo yang lain.


Profil sisi imej paten EX30 mempamerkan siluet SUV tipikal seperti kotak, serta ciri SUV standard seperti ada lapisan di bahagian bawah badan.


Memandangkan ini hanyalah imej paten semata-mata, kami tidak dapat melihat reka bentuk sebenar roda, mahupun ukuran dimensinya.
Di bahagian belakang, EX30 memaparkan reka bentuk lampu belakang yang agak serupa dengan EX90, tetapi dengan sedikit sentuhan tambahan.
Ia juga hadir dengan yang menghubungkan kedua-dua lampu belakang kiri dan kanan.
Ada kemungkinan ia adalah bar lampu LED seperti yang kita lihat dalam banyak EV moden pada masa kini.
Apa yang cukup menarik ialah, imej paten ini juga menampilkan paparan dari atas. Jika mengamati dengan lebih dekat, nampaknya EX30 akan didatangkan dengan bumbung kaca.

Walaupun kami tidak dapat mengesahkan atau menafikan perkara ini, beberapa model Volvo standard semuanya didatangnya dengan bumbung kaca panoramik, termasuk EX90 – sekali gus menjadikan andaian ini lebih munasabah.
Volvo EX30 dijangka akan menggunakan pelantar Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely.

Dari segi trenkuasa, EX30 berkemungkinan menggunakan trenkuasa seperti Volvo C40 dan XC40 Recharge, dimana ia didatangkan dalam pacuan roda belakang motor tunggal (RWD) dan dua motor pacuan semua roda.

Apapun, kita tunggu sahaja pelancaran rasmi EX30 yang diadakan pada 7 Jun ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2340
SELANGOR
BSU8095
JOHOR
JG8672J
PULAU PINANG
PSH2014
PERAK
APM7058
PAHANG
CFJ3302
KEDAH
KGJ6952
NEGERI SEMBILAN
NEM4978
KOTA KINABALU
SJU9742
KUCHING
QAB9427P
Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k
Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.
30-10-2026
Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?
Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?
29-10-2026
Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster
Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia
18-10-2026
ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria
ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.
16-10-2026
EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan
Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.
12-10-2026
EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam
PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.
28-09-2026
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge