ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Yaris 2023 Ada Perubahan Tapi Bukan Banyak

Suhana Veru

Kongsi melalui


Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) secara senyap-senyap telah pun mengemas kini  barisan Toyota Yaris hatchback untuk pasaran Malaysia.

Di sebalik butiran itu, ada satu varian dilucutkan daripada senarai. Untuk tahun 2023, UMWT memilih untuk menghentikan varian asasnya iaitu J.

Ini menyaksikan varian tengah, E berada di dalam varian asas manakala varian G tetap berada di kedudukan sebagai varian tertinggi.


Yaris 1.5 E yang dijual pada harga bermula RM83,300 manakal Yaris 1.5 G yang dijual pada harga RM87,600.

Harga kedua-dua varian ini tidak berubah.

Secara visual Yaris 2023 masih kekal seperti sebelum ini .

Buat masa ini, tiada sebarang petanda yang menunjukkan pasaran Malaysia akan menerima versi facelift yang mula dijual di Thailand baru-baru ini.


Sebaliknya, kedua-dua varian dilihat menerima sedikit perubahan terutama di bahagian kabin. 

Bermula dengan varian G, sterengnya ada pedal syif cuma kedua-dua varian itu dilengkapi dengan meter Optitron baharu yang menampilkan tema merah-hitam berbanding biru sebelum ini.

Malah, kedua-dua varian juga menerima USB type C untuk penumpang belakang dan corak tempat duduk baharu.

Terdapat juga unit kamera perakam digital (dashcam) hadapan yang  kini diberikan fungsi untuk dihubungkan kepada telefon pintar dan tag RFID.

Antara ciri yang masih dikekalkan pada Yaris ini ialah selain infotainmen sebesar 7 inci yang menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.


Menyentuh mengenai ciri keselamatan pula, ia dikatakan hadir dengan ciri kawalan cengkaman, Brek Anti Kunci, Agihan Brek Elektronik, Bantuan Brek, 7 beg udara dan mula daki bukit.

Selain maklumat ini, tiada sebarang perubahan lain yang dilaporkan.

Untuk makluman anda, Yaris disumbat dengan enjin Dual VVT-i 2NR-FE 1.5 liter empat silinder yang dkemudian dipadankan dengan kotak gear CVT 7-kelajuan. 

Yaris dikatakan mampu menjana kuasa setinggi 107 PS dan tork 140Nm.

Ia hadir dalam empat varian: Red Mica Metallic, Platinum White Pearl dan Silver Metallic.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

10-07-2026
Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru

10-01-2026
Kereta Baru

09-01-2026
Berita Auto

06-01-2026
Berita Auto

22-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.