7 Model Audi e-Tron Dah Masuk Malaysia, Korang Pilih Mana?

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) melancarkan secara rasminya tujuh model elektrik sepenuhnya Audi e-tron ke pasaran Malaysia, sebentar tadi.
Tujuh model itu adalah:
1. Q8 e-tron advanced 50 quattro - RM383,990
2. Q8 Sportback e-tron advanced 50 quattro - RM389,990
3. Q8 e-tron S Line 55 quattro - RM474,990
4. Q8 Sportback e-tron S Line 55 quattro -RM484,990
6. e-tron GT quattro dengan Dynamic Package - RM661,990
7. RS e-tron GT - RM787,990

Apa yang pasti model sportback, SUV dan coupe empat pintu ini adalah rangkaian e-tron yang menawarkan reka bentuk dan prestasi yang cukup baik.
Pelancaran tujuh model ini bakal mengukuhkan lagi identiti Audi sebagai perintis masa depan sekali gus membuktikan kecanggihan teknologi Audi.

Pengarah Urusan PHSAM, Erik Winter berkata, pihaknya menerima respons yang cukup baik daripada pengedar dan pelanggannya berhubung Audi e-tron.
“Ini merupakan penawaran produk terbesar Audi di Malaysia dan kami sangat teruja kerana menjadi negara pertama di rantau ini melancarkan Q8 e-tron.
“Kenderaan mewah dan berprestasi tinggi ini sudah lama ditunggu-tunggu. Maka, hari ini ia sudah bersedia untuk menggoda hati rakyat Malaysia yang mahu kenderaan mesra alam,”katanya.


Tambah beliau, pihaknya kini sedang berusaha untuk membawa masuk lebih banyak model e-tron ke negara ini termasuk flagship SQ8 dan Q6 e-tron.
Kedua-dua model ini dikatakan akan membuat penampilan sulung di peringkat globat selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.
Pengecas kompak percuma

Berbalik kepada model e-tron yang baru sahaja dilancarkan tadi, untuk makluman anda, semua model itu didatangkan dengan e-tron charging system compact mudah alih untuk memudahkan si pemilik mengecas di mana-mana sahaja.
Sistem itu terdiri daripada satu unit pengecas kompak pintar dan kabel. Ia boleh dipasang pada kereta dan ke soket di rumah dengan ouput 1.8 Kw hingga 2.3Kw atau menerusi tiga fasa yang mempunyai 11kW.
Pengecasan boleh ditetapkan kepada 100 dan 50 peratus kuasa pada unit pengecasan bagi mengelakkan berlakunya masalah terlebih beban kepada sistem elektrik rumah.
JomCharge
Malah, pemilik juga akan menerima kredit JomCharge bernilai RM1,000 secara percuma dengan tempoh sah selama setahun.
Moon Power
Untuk makluman anda, PHSAM telah bekerjasama dengan penyedia penyelesaian tenaga Eropah, Moon Power untuk menyokong pengecasan buat pemilik e-tron di negara ini.
Jadi, pelanggan diberi pilihan untuk membeli pengecas wallbox Moon Power berkapasiti 11Kw DAN 22 Kw bermula September ini.

Jangan risau mengenai Moon Power kerana setiap unit sudah pun menjalani kawalan kualiti yang cukup ketat.
Malah, tiga Audi di Centre di Glenmarie, Setia Alam dan Juru sudah pun dipasang Moon Power.
Setiap pusat ini menyediakan tiga unit pengecas AC 22 kW dan satu pengecas DC180 kW. Kesemua Pusat berkenaan akan menawarkan pengecasan eksklusif untuk para pemilik Audi e-tron.
Jaminan
Apapun, kesemua model e-tron tadi hadir dengan jaminan tanpa had perbatuan selama dua tahun, jaminan bateri selama lapan tahun atau jarak sejauh 160,000 km dan bantuan tepi jalan secara percuma selama lima tahun.

Sehubungan itu, para pelanggan boleh mendapatkan Pakej Jaminan Audi yang menawarkan jaminan tambahan dan penyelenggaraan selama tiga tahun dengan selang servis 15,000 km.

Untuk keterangan lanjut, layari www.audi.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4932
SELANGOR
BSV1291
JOHOR
JH4269J
PULAU PINANG
PSH4100
PERAK
APM9606
PAHANG
CFJ4103
KEDAH
KGJ8192
NEGERI SEMBILAN
NEM5907
KOTA KINABALU
SJV1860
KUCHING
QAB216Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge