ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Berpeluh Kejap Tengok Harga AMG A 45 S

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain model facelift Mercedes-Benz A-Class 2023, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) turut memperkenalkan hot hatch terbaharunya, Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023 di Litar Antarabangsa Sepang.

Ketibaan superhatch yang diperbaharui dari Affalterbach, Jerman  ini menyaksikan MBM terus menawarkan kelas A generasi keempat yang diimport sepenuhnya (CBU).

image.png

Ia menawarkan prestasi gred yang agak tinggi hanya untuk pasaran Malaysia.

Dikhabarkan MBM secara rasminya aka menawarkan A45 S 4Matic+ secara bentuk   ‘Standard’ dan versi Street Style Edition.

Bagaimanapun, penawaran versi ini adalah terhad dan MBM juga tidak mendedahkan jumlah unit yang akan dijual.

image.png

Untuk pengetahuan anda, jentera ini disumbat dengan oleh enjin empat silinder sebaris 2.0 liter turbo dimana ia mampu menghamburkan kuasa setakat 421 hp dan tork 500Nm.

Enjinnya dipadankan dengan transmisi AMG Speedshift DCT lapan kelajuan dan mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 270 km/j.

image.png

LUAR

Seperti kembarnya V177, bahagian luaran  W177 A45 S 4Matic+ juga agak serupa dan sederhana.

Lampu depannya yang sudah diubah suai hadir dengan grafik LED DRL baharu, reka bentuk gril baharu AMG  serta lambang AMG di hadapan.

image.png

Ia juga hadir dengan suspensi AMG RIDE CONTROL, AMG DYNAMIC SELECT, gayaan AMG Bodystyling, AMG Night Package dan AMG Aerodynamic Package.

image.png

Dengan adanya AMG Aeroddynamic Package, ia menjanjikan prestasi aero yangagak baik.

Terdapat juga jenama tiga bucu bintang ini pada rim bersaiz 19 inci selain ada juga lip spoiler belakang serta ekzos berkembar di sebelah kiri dan kanan.

DALAM:

Ruang kabin, perubahannya adalah sama sederhana seperti yang dilihat pada kembarnya V177.

Terdapat stereng AMG Performance baharu dengan butang AMG bersepadu, ditambah dengan tempat duduk sporty AMG.

A 45 S 4MATIC dipasang dengan skrin kluster digital 10.25 inci, skrin MBUX 10.25 inci, ciri Apple CarPlay dan Android Auto, sistem pengecasan telefon pintar tanpa wayar dan paparan head-up.

image.pngimage.png

Menjengah tempat duduknya, tali pinggang keledar MANUFAKTUR dilihat berwarna merah selain terdapat juga beberapa aksesori AMG yang lain. 

image.png

Juga tidak berubah dari sebelumnya ialah susunan bantuan pemandu aktif (ADAS) yang dilihat dalam versi pra-facelift. 

Ini termasuk Bantuan Jarak Aktif Distronik, Bantuan Brek Aktif, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Parkir Aktif dengan Parktronic dan Bantuan Titik Buta.

image.png

Maka tidak hairanlah mengapa MBM meletakkan harga Mercedes-AMG A 45 S 4MATIC+ 2023 pada  RM509,888 manakala versi Street Style Edition pula berharga RM539,888.

Jika ia adalah mahal untuk anda, jangan risau kerana MBM turut mengumumkan ketersediaan varian facelift Mercedes-AMG AMG A35 4Matic (V177) yang lebih bertenaga.

Namun ia tidak ditayangkan kepada media pada hari ini sebaliknya, MBM mengesahkan ia akan menyertai kedua-dua A200 dan A250 yang diperbaharui untuk pemasangan tempatan (CKD) di Pekan, Pahang.

image.png

Salon sporty ini bakal menampilkan enjin 2.0 liter 4-silinder daripada A250 4Matic AMG Line, yang mampu menghamburkan kuasa setinggi 306 hp dan 400 Nm.

Ia mampu memecut dari 0-100km/j hanya dalam 4.8 saat sebelum mencapai kelajuan 250 km/j.

Ia juga menjanjikan gaya sporty yang serupa seperti yang dilihat pada varian A45 S tetapi harganya dianggarkan lebih iaitu RM354,000.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC6572

SELANGOR

BSQ8458

JOHOR

JYY7513

PULAU PINANG

PSD1327

PERAK

APJ2534

PAHANG

CFG7913

KEDAH

KGG5227

NEGERI SEMBILAN

NEK6639

KOTA KINABALU

SJS4338

KUCHING

QAB125P

Terakhir Kemas Kini 20 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

04-03-2026
Berita Auto

03-02-2026
Kereta Baru

14-01-2026
Kereta Baru

06-01-2026
EV

10-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

09-12-2025
Kereta Baru

04-12-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.