Mercedes-Benz GLC 200 4Matic Bakal Tiba Di Malaysia

Mercedes-Benz GLC generasi kedua (X254) yang kami uji sebelum ini ditawarkan di pasaran dalam varian GLC 300 4Matic (CBU).
Seperti yang dijangkakan, Malaysia menjadi antara pasaran penting yang bakal menerima kemasukan varian baharu peringkat asas bagi model SUV crossover premium, Mercedes-Benz GLC 200 4Matic. Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengeluarkan imej acah rasmi bagi varian ini melalui Facebook rasminya minggu ini.
Walaupun MBM belum mendedahkan tarikh pelancaran, pendaftaran minat (ROI) kini telah dibuka melalui laman web mereka. Pembukaan ROI bermakna kemunculan rasminya bakal tiba tidak lama lagi.
GLC 200 Mengisi Jurang Harga Yang Besar
Model Mercedes-Benz GLC generasi kedua (X254) tiba di Malaysia pada awalnya dalam versi GLC 300 4Matic yang diimport (CBU) pada April 2023, sebelum ditawarkan sebagai unit pemasangan tempatan (CKD) yang dipasang di Pekan, Pahang, pada September 2023.

GLC generasi kedua dalam versi elektrik hibrid, GLC 350e 4Matic, yang dilancarkan oleh Mercedes-Benz Malaysia tahun lalu.
MBM kemudian memperkenalkan varian hibrid plug-in (PHEV) GLC 350e 4Matic pada September 2024. Walaupun canggih, harga PHEV yang mencecah RM398,888 menyebabkan model GLC generasi kedua ini kekal di luar jangkauan bagi sebilangan pembeli.
Untuk makluman pembaca, GLC generasi pertama (X253) sebelum ini pernah ditawarkan dalam varian GLC 200, yang kali terakhir ditawarkan pada tahun 2021 pada harga sekitar RM294,100 (versi AMG Line).
Kemunculan semula varian GLC 200 4Matic dalam barisan GLC generasi kedua berpunca daripada perubahan strategi produk global Mercedes-Benz yang bertindak berdasarkan permintaan pasaran.
Trenkuasa MHEV, Sistem 4Matic

GLC 200 4Matic yang ditawarkan di pasaran Australia.
Seperti model yang dilancarkan di Australia sebelum ini, GLC 200 4Matic yang bakal tiba di Malaysia dijangka akan dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 liter 4 silinder turbo yang mampu menjana kuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
Ia dipadankan dengan sistem hibrid ringkas 48 volt (MHEV) dan transmisi automatik 9 kelajuan, selain sistem 4Matic AWD yang didatangkan standard.
Kombinasi ini membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam masa 7.8 saat, dengan purata penggunaan bahan api sekitar 7.2 liter/100 km.
Versi 'Paling Mampu Milik' Untuk GLC Generasi Kedua

Berdasarkan imej teaser yang memaparkan gril varian ini, GLC 200 4Matic dijangka akan tiba dalam versi sporty, AMG Line, mengikut jejak model C200 AMG Line yang dilancarkan sebelum ini.
Walaupun tiada harga tentatif didedahkan, GLC 200 4Matic dijangka akan dijual pada harga yang lebih rendah berbanding varian GLC 350e 4Matic iaitu antara RM300,000 hingga RM350,000.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD2157
SELANGOR
BSQ9570
JOHOR
JYB1514
PULAU PINANG
PSD2247
PERAK
APJ3359
PAHANG
CFG8270
KEDAH
KGG5947
NEGERI SEMBILAN
NEK7028
KOTA KINABALU
SJS4782
KUCHING
QAB284P
Terakhir Kemas Kini 24 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
09-12-2025
Ini CEO Baharu Mercedes-Benz Malaysia Yang Bakal 'Tapau' 4 Pasaran Serentak
Mercedes-Benz Malaysia (MBM), secara rasmi mengumumkan pelantikan Martin Schulz sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa 1 Februari 2026.
04-02-2026
Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.
09-12-2025
SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.
09-12-2025
Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.
04-12-2025
Stars@Mercedes-Benz Ketiga Dunia Dibuka Di Bangsar – Pengalaman Imersif & Eksklusif
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) dan pengedar rasmi, NZ Wheels Sdn Bhd (anak syarikat Naza Auto Group), semalam melancarkan secara rasmi bilik pameran di Bangsar setelah diubah suai sepenuhnya.
12-11-2025
Mercedes-Benz Malaysia, DC Handal Bekerjasama Perluas Rangkaian Pengecasan EV
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memperkukuhkan jaringan pengecasan kenderaan elektrik (EV) di negara ini menerusi kerjasama dengan pengendali stesen pengecasan tempatan, DC Handal.
07-10-2025
Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888
Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.
10-09-2025
Berita Terkini
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat