Bilik Pameran BYD Kini Di Pusat Beli-Belah Penang & JB

Pembukaan rasmi bilik pameran BYD di Mid Valley Southkey, Johor Bahru
Sime Darby Motors, cabang automotif Sime Darby Berhad, dan BYD, pengeluar kenderaan tenaga baharu terkemuka di dunia, baru-baru ini telah merasmikan pembukaan dua bilik pameran BYD baharu iaitu Gurney Plaza, Pulau Pinang dan Mid Valley Southkey, Johor Bahru.
Pengarah Urusan, Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors – Asia Tenggara, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan berkata, “Sambutan kepada BYD di pasaran Malaysia adalah amat positif, jelas menunjukkan penggunaan kenderaan elektrik (EV) yang semakin meningkat di negara ini.
“Kami gembira untuk terus meningkatkan momentum kami dengan usaha pembangunan ini untuk terus memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat di kalangan pengguna di seluruh Malaysia dengan kenderaan inovatif BYD,” katanya.

Bilik pameran BYD di Mid Valley Southkey, Johor Bahru
Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT. BYD Motor Indonesia, Eagle Zhao, berkata, "Perluasan rangkaian BYD yang agresif di Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif untuk prospek EV di negara ini, memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia mengiktiraf kehadiran jenama BYD dan manfaat EV. Ini juga menunjukkan keyakinan orang ramai terhadap jenama BYD dan kerjasama yang kukuh dengan Sime Darby Motors."

Pembukaan rasmi bilik pameran BYD di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Untuk perkhidmatan selepas jualan, orang ramai boleh mengunjungi pusat servis BYD yang terletak di Jalan Skudai Kiri, Johor Bahru dan Jalan Sungai Pinang, Georgetown.
Pusat servis ini dilengkapi dengan sokongan kelengkapan diagnostik untuk penyelenggaraan yang terperinci. Mengenai bekalan alat ganti kenderaan BYD pula, pengurusan bersepadu alat ganti syarikat ini di seluruh negara dapat memastikan bekalan alat ganti sentiasa mencukupi bagi semua kenderaannya.

Bilik pameran BYD di Gurney Plaza, Pulau Pinang
Selain itu, BYD turut menjanjikan perkhidmatan yang terbaik daripada pasukan juruteknik yang terlatih untuk memastikan kualiti sentiasa terjamin.
Memasuki pasaran Malaysia secara rasmi pada bulan Disember tahun lalu dengan pengenalan EV, BYD ATTO 3, syarikat ini juga dilaporkan bakal melancarkan model EV baharu pada harga mampu milik, Dolphin dan Seal pada masa akan datang.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT9671
SELANGOR
BSU4180
JOHOR
JF7160J
PULAU PINANG
PSG4372
PERAK
APM2540
PAHANG
CFJ1205
KEDAH
KGJ4714
NEGERI SEMBILAN
NEM2842
KOTA KINABALU
SJU5583
KUCHING
QAB7540P
Terakhir Kemas Kini 15 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge