Geely Bakal Masuki Pasaran EV Thailand? Pertimbang Pemasangan CKD

Syarikat automotif China, Geely, dikatakan kini sedang merancang untuk memasuki salah satu pasaran kenderaan elektrik (EV) paling menguntungkan di Asia Tenggara, Thailand.
Menurut sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, Geely masih berada dalam peringkat awal perancangan untuk memasuki negara tersebut selain turut akan membuat pemasangan CKD di Thailand, lapor Reuters.


Jenama seperti Radar (kiri) dan trak pikap elektrik RD6, serta Zeekr (kanan) dengan crossover terbaru, X, mungkin akan memasuki pasaran Thailand
Walaupun Geely menafikan rancangan ini dan enggan memberikan komen, Reuters melaporkan bahawa butiran ini diperoleh daripada sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai perbincangan tersebut. Syarikat dengan ibu pejabat di Zhejiang ini sedang mempertimbangkan pelbagai perkara, termasuk pemilihan jenama dan model yang akan diimport atau dihasilkan secara CKD di Thailand.

Memandangkan permintaan terhadap trak pikap di Thailand cukup tinggi, Radar RD6 mungkin menjadi pilihan utama Geely untuk dibawa masuk ke dalam pasaran negara tersebut
Lembaga Pelaburan Thailand juga dilaporkan telah mengadakan perbincangan dengan lima pengeluar EV utama dari negara China, termasuk Geely, semasa lawatan ke China pada bulan April tahun ini.

Di Malaysia, Geely memegang 49.9% daripada sahan Proton
Jenama lain yang turut telah mengadakan perbincangan dengan pihak pelaburan tersebut termasuk BYD, Chongqing Changan Automobile Co Ltd, Jiangling Motors Corp Ltd, dan JAC Motors.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC9142
SELANGOR
BSQ9127
JOHOR
JYB375
PULAU PINANG
PSD1837
PERAK
APJ3044
PAHANG
CFG8104
KEDAH
KGG5684
NEGERI SEMBILAN
NEK6829
KOTA KINABALU
SJS4605
KUCHING
QAB221P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?
Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!
22-06-2026
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat