Jangan Meroyan Kalau Kena Saman!

Bagi yang sudah puas berhari raya di kampung halaman masing-masing dan mahu pulang ke kampung pada Ahad nanti, pastikan anda mematuhi peraturan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur.
Ini kerana Polis Kuala Lumpur akan menjalankan satu operasi bersepadu secara besar-besaran membabitkan kesalahan jalan raya di sekitar ibu negara bermula Julai ini.
Operasi yang akan bermula Sabtu ini hingga 31 Julai 2023 bertujuan untuk mendidik warga muda agar patuh arahan jalan raya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pihaknya bertekad untuk memastikan pemandu di Kuala Lumpur tahu undang-undang masih wujud.
Beliau turut meluahkan kekecewan kerana masih ramai yang tidak mahu meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya.

“Sebelum ini pemeriksaan di Bangsar mendapati banyak kenderaan mewah parkir di lokasi tidak sepatutnya. Saya rasa kecewa sedangkan mereka dilihat mampu untuk bayar di parkir disediakan,” katanya.
Susulan itu, beliau turut memaklumkan sebanyak 895 kertas siasatan trafik dibuka bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini.
“Untuk rekod, kesalahan tertinggi adalah halangan iaitu meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang atau menghalang lalu lintas dengan 311 kes.

“Kemudian diikuti dengan kes lumba haram (180 kes) dan langgar lampu merah (167 kes),” ujarnya.
Untuk makluman anda, tujuh operasi melanggar peraturan jalan raya digerakkan antaranya Op Parkir Haram, Op Halangan, Op Lampu Merah, Op Nombor Plat Pendaftaran Kereta, Op Cermin Gelap, Op Motosikal dan Op Didik.
Jadi, jika anda mahu pulang ke ibu kota nanti, sila patuhi peraturan jalan raya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1175
SELANGOR
BSS7105
JOHOR
JC4074J
PULAU PINANG
PSE6749
PERAK
APK6452
PAHANG
CFH4487
KEDAH
KGH5341
NEGERI SEMBILAN
NEL4293
KOTA KINABALU
SJT5344
KUCHING
QAB4022P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah
Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah
18-11-2024
Polis Pun Guna Honda!
PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.
13-02-2024
AWAS Kaum Lelaki, Jangan Suka Hati Kencing Di Tempat Awam
Hati-hati buat mereka yang suka kencing di merata tempat/
21-11-2023
Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?
Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang.
20-11-2023
Ramai Masih Keliru
Nampaknya, orang ramai masih keliru dengan cukai jalan dan lesen memandu digital.
08-11-2023
Berita Terkini
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Macam Mana Puspakom Lepaskan Lori Cuma 1 Minit? Kuasa AI Bongkar Segalanya
Puspakom Periksa Bawah Kenderaan Komersial Hanya 1 Minit. Ini Hakikat Sebenar Disebalik Teknologi AI.
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
