Jangan Parkir Di Tempat Sunyi Atau Catalytic Converter Kereta Anda Dicuri – PDRM

Kes curi Catalytic Converter berleluasa kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran
Catalytic Converter adalah komponen yang memiliki nilai tinggi di pasaran antarabangsa. Selain dapat dijual dengan mudah di pasaran tempatan dengan harga antara RM300 hingga RM600, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.
Di luar negara, komponen ini boleh dijual pada harga antara RM500 hingga RM2,500 bagi satu unit, tambah beliau.
Komponen ini mengandungi bahan-bahan berharga seperti rhodium, paladium, dan platinum yang mempunyai nilai tinggi di pasaran antarabangsa, dengan harga RM130 hingga RM350 untuk setiap gram. Bahan-bahan ini digunakan dalam industri elektronik, pergigian, dan perubatan, termasuk pembuatan plate tulang yang patah.
Polis mencatatkan sebanyak 46 kes kecurian komponen ini pada tahun 2021, 34 kes pada tahun 2022, dan 16 kes dalam tempoh setengah tahun ini sehingga 17 Jun.
KERETA YANG MENJADI SASARAN
Sindiket ini menyasarkan kenderaan yang berada di tepi jalan raya dan kawasan sunyi. Mereka yang terlibat dikatakan sangat terlatih sehingga mampu melakukan pemotongan komponen ini dengan pantas kerana bekerja di kedai alat ganti kenderaan.

Kereta yang diletakkan di kawasan sunyi menjadi sasaran sindiket
Dalam masa yang singkat antara 10 hingga 15 minit, mereka dapat memotong komponen yang diperlukan menggunakan gergasi besi.
PENANGKAPAN
Terkini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menangkap suspek-suspek utama yang terlibat dalam jenayah mencuri tabung penapis sisa karbon kenderaan yang dikenali sebagai 'Catalytic Converter'. Sindiket tempatan itu dikatakan bertindak menjual komponen tersebut di pasaran antarabangsa, termasuk di Amerika Syarikat dan Jepun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menunjukkan Catalytic Converter yang telah dirampas (Foto: Sinar Harian/Mohd Rafiq Redzuan Hamzah)
Dua suspek utama yang berusia 34 dan 43 tahun itu telah diberkas di Petaling Jaya, Selangor dan Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada Ahad lalu.
Pihak polis berharap tindakan ini dapat memusnahkan sindiket yang terlibat dalam jualan komponen kereta ini ke luar negara. PDRM masih sedang menyiasat modus operandi sindiket ini serta mencari kesemua penjenayah yang terlibat.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC1189
SELANGOR
BSQ7208
JOHOR
JYY4103
PULAU PINANG
PSC9160
PERAK
APJ1415
PAHANG
CFG7467
KEDAH
KGG4615
NEGERI SEMBILAN
NEK6219
KOTA KINABALU
SJS3576
KUCHING
QAB9690N
Terakhir Kemas Kini 16 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari
Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.
15-06-2026
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?
'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?
12-06-2026
KLIMS 2026: X-Trail e-POWER Buat Kemunculan Di KLIMS 2026
Nissan Sahkan SUV Premium Baharunya Masuk Malaysia Suku Keempat Tahun Ini.
11-06-2026
Tiada Kejutan Minggu Ini! Harga Diesel & RON97 Kekal
Naik atau Turun? Ini Jawapan Kementerian Kewangan Mengenai Harga Minyak.
10-06-2026
KLIMS 2026: Honda Prelude 2026 Hadir Di KLIMS 2026
Bukan Hibrid Biasa! Honda Prelude 2026 Guna Elemen Type R, Bakal Mengamuk Di KLIMS 2026/
10-06-2026
Tragedi Bas Genting: Menteri Gesa Pasang Bonggol, Penenang Lalu Lintas
Kemalangan di Genting Highlands, menteri cadang pasang bonggol di laluan menurun.
10-06-2026
CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?
Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ
10-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat