- Berita
- Berita Auto
- Lebuhraya SUKE Fasa 2 Bakal Dibuka – Perjalanan Ulu Klang Ke Sri Petaling 20 Minit Je?
Lebuhraya SUKE Fasa 2 Bakal Dibuka – Perjalanan Ulu Klang Ke Sri Petaling 20 Minit Je?

Prolintas telah mengumumkan bahawa Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2 akan dibuka tidak lama lagi. Pengumuman tersebut dibuat melalui Facebook rasmi syarikat dengan memaparkan gambar persimpangan Sri Petaling SUKE Fasa 2.
Di dalam gambar SUKE Fasa 2 yang dikongsikan, turut tertulis bahawa perjalanan dari Ulu Kelang ke Sri Petaling hanya akan mengambil masa 20 minit.
Lebuhraya ini dikatakan sebagai pilihan terbaik untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Lebuhraya MRR2. SUKE Fasa 2 menjanjikan perjalanan yang lebih selesa dan selamat dengan menyambungkan pengguna secara langsung ke destinasi.
Di bawah gambar tersebut dijelaskan bahawa, “Persimpangan ini juga bakal menghubungkan anda dengan 6 lebuh raya lain yang menghala ke selatan pusat bandar.”
Untuk maklumat pembaca, SUKE fasa pertama telah dibuka kepada umum pada bulan September tahun lepas. Fasa pertama ini meliputi laluan berkepanjangan 16.6 kilometer dari persimpangan Cheras-Kajang hingga ke Bukit Antarabangsa. Fasa kedua pula akan menghubungkan Sri Petaling dan Kesas ke persimpangan Cheras-Kajang yang terletak berdekatan dengan Plaza Phoenix.
Fasa pertama melibatkan 14 persimpangan termasuk Sri Petaling, Sungai Besi, Alam Damai, Cheras-Kajang, Cheras-Hartamas, Bukit Teratai, Tasik Tambahan, Permai, Kosas, Pekan Ampang, Ampang Point, Ulu Kelang, Hillview, dan Bukit Antarabangsa.
Lebuhraya Yang Dihubungkan SUKE Fasa 2

Untuk fasa 2, lebuhraya SUKE yang baru akan menghubungkan pengguna kepada 6 lebuhraya iaitu:
- Kesas
- Lebuhraya KL-Seremban
- Sungai Besi Expressway (Besraya)
- Grand Saga
- Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
Selain lebuhraya yang dinyatakan, SUKE Fasa 2 juga bakal menghubungkan pengguna kepada lebuhraya baharu yang sedang dibina, Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).
Tol Di Sepanjang Lebuhraya SUKE Fasa 2
Di sepanjang lebuhraya SUKE ini terdapat tiga plaza tol iaitu:
- Plaza Tol Alam Damai
- Plaza Tol Bukit Teratai
- Plaza Tol Ampang

Untuk kenderaan Kelas 1, atau kenderaan penumpang, setiap plaza tol akan mengenakan bayaran sebanyak RM2.30.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC5234
SELANGOR
BSQ8072
JOHOR
JYY6413
PULAU PINANG
PSD845
PERAK
APJ2257
PAHANG
CFG7816
KEDAH
KGG5090
NEGERI SEMBILAN
NEK6521
KOTA KINABALU
SJS4175
KUCHING
QAB9871N
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat