LKSA, SUKE, SILK, DASH Kini Terima Kad Kredit & Debit

Pengguna lebuh raya kini dapat membuat pembayaran tol dengan lebih mudah melalui Sistem Pembayaran Tol Terbuka di empat lagi lebuh raya di bawah kendalian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas).
Empat lebuhraya yang terlibat dalam fasa pelaksanaan terkini ini ialah:
- Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA)
- Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK)
- Lebuhraya Bertingkat Damansara–Shah Alam (DASH)
- Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)
Dengan ini, kesemua enam lebuhraya kendalian Prolintas kini menawarkan sistem tol terbuka, termasuk Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) yang telah memulakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka sejak September 2023.
Melalui sistem ini, pengguna boleh memilih untuk membayar tol menggunakan kad debit atau kredit, selain kaedah sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).
“Pelaksanaan Sistem Pembayaran Tol Terbuka mengukuhkan lagi komitmen Prolintas terhadap pendigitalan, dengan penggunaan teknologi untuk mewujudkan pengalaman lebuhraya yang lebih lancar, efisien dan mengutamakan pelanggan,” kata Pengarah Eksekutif Prolintas, Mohamad Idros.
Sumber: Facebook rasmi Prolintas
Baca: Baki Tak Cukup Masih Boleh Lalu Tol Dengan TNG eWallet SOS Balance
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
12 Lebuhraya Rugi Manakala 15 Lagi Catat Keuntungan
Sebanyak 12 pemegang konsesi lebuh raya di negara ini mengalami kerugian.
26-11-2025
Kutipan Tol SUKE 2 Mula Hari Ini, Ini Kadar Tol Yang Dikenakan...
Kutipan tol di Plaza Tol Alam Damai di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) bermula.
30-06-2023
Lebuhraya SUKE Fasa 2 Bakal Dibuka – Perjalanan Ulu Klang Ke Sri Petaling 20 Minit Je?
Ini segalanya yang anda perlu tahu tentang Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) Fasa 2.
07-06-2023
Prolintas Umum Penamatan Laluan Kontra Di Lebuhraya Kajang Silk
Bermula esok, Rabu, 8 Januari, lorong aliran kontra (tidal-flow) di Lebuhraya Kajang SILK ditamatkan sepenuhnya.
07-01-2025
Pelajar Tercampak Dari Jejambat DASH, Ini Kata Prolintas
PROLINTAS mengakui struktur di bahagian selekoh bertingkat dibina mengikut spesifikasi diluluskan pihak berkuasa dan disahkan oleh jurutera bertauliah.
25-08-2025
Kemalangan Di Lebuhraya Dash: Pelajar Kolej Maut, Tercampak Dari Ketinggian 21 Meter
Seorang pelajar maut selepas tercampak dari ketinggian 21 meter di jejambat susur Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH).
24-08-2025
Lelaki Maut, Tercampak Dari Flyover Setinggi 21 Meter
Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas sebelum terjatuh dari jejambat (flyover) setinggi kira-kira 21 meter, di Susur 1/B 0.5 Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) pada Khamis lalu.
26-07-2025
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

