ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Axia E Terus BIKIN PANAS!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pada minggu lepas, kecoh satu Malaysia apabila Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) memperkenalkan Axia versi transmisi manual, Axia E.

Sebaik Perodua mendedahkan gambar dan harganya yang cuma RM22,000, timbul pelbagai komen-komen negatif.

Ada yang menganggap rimnya seolah-olah penutup periuk kukus dan ramai juga yang tidak berpuas hati kerana ia tidak dilengkapi dengan radio.

image.pngimage.png

Terbaharu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) pula mendedahkan  Perodua Axia E dilancarkan itu bukanlah model baharu.

image.png

Sebaliknya, ia adalah model generasi pertama yang dilancarkan pada 2014.

Memetik kenyataan MIROS di akhbar Berita Harian, MIROS mendakwa kereta itu  bukan model baharu dan telah diuji di bawah protokol lama yang tidak mempunyai peraturan ciri keselamatan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) wajib ketika penilaiannya.

Sebaliknya, ciri keselamatan ESC dan sistem brek antikunci (ABS) sebenarnya telah  diwajibkan dalam model baharu di Malaysia sejak 1 Julai 2018.

Dikhabarkan, semua kereta baharu yang akan dikeluarkan di pasaran Malaysia wajib  dipasang dengan ESC termasuk varian peringkat permulaan.

image.png

"Model Axia generasi kedua baharu 2023 yang diperkenalkan awal tahun ini sebaliknya telah melalui protokol penilaian Asean NCAP terkini yang memerlukan bukan sahaja ESC tetapi juga beberapa teknologi bantuan keselamatan termaju seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Blind Spot Detection (BSD) dan Lane Keep Assist (LKA) untuk menjaringkan penarafan 4 Bintang dan ke atas.

"Semua kereta yang akan diuji di bawah penilaian ASEAN NCAP mulai 2017 mesti mempunyai kelengkapan ESC untuk mencapai penarafan bintang yang lebih tinggi," katanya dalam satu kenyataan kepada NST.

image.png

Bagaimanapun, pendedahan MIROS ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan memandangkan PERODUA sudah mengulangi bahawa varian Axia E 2023 bukanlah model baharu tetapi berdasarkan edisi facelift 2017 bagi model generasi pertama.

Apa yang baharu dengan pengenalan semula itu ialah harganya  cuma serendah RM22,000.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6251

SELANGOR

BSU2070

JOHOR

JF2285J

PULAU PINANG

PSG1141

PERAK

APL8847

PAHANG

CFH9160

KEDAH

KGJ3391

NEGERI SEMBILAN

NEM1746

KOTA KINABALU

SJU4149

KUCHING

QAB7005P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Berita Auto

06-02-2026
Berita Auto

13-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.