Suspek Hanya Tahu Pasal Tragedi Rider Selepas Tengok TV
Yamaha
Pihak polis mengesahkan bahawa suspek yang menunggang motosikal secara melawan arus di Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang sehingga menyebabkan seorang rider Ducati terkorban, sudah menyerah diri.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.
Suspek yang merupakan seorang peniaga telah tampil membuat laporan polis akibat kemalangan yang berlaku pada 14 Jun lalu di Balai Polis Trafik Kajang, semalam.
"Siasatan mendapati suspek dalam perjalanan dari Ampang untuk pulang ke rumah di Kajang tetapi tersesat dan buat keputusan untuk memasuki jejambat Lebuhraya SUKE dengan melawan arus sehingga kemalangan berlaku.
“Akibat pergeseran dengan motosikal mangsa, suspek juga terjatuh dari motosikalnya. Selepas kemalangan terbabit, suspek terus pulang ke rumah dan hanya mengetahui kes berlaku setelah menonton berita di televisyen dan media sosial.
"Pemeriksaan pada suspek mendapati lelaki itu mengalami patah di bahu kanan, patah jari kelingking, luka di bahu kiri dan kaki kanan akibat kemalangan terbabit," katanya.

Susulan itu, sebuah motosikal jenis Yamaha dirampas bersama dengan beberapa barang kes lain.
Tangkapan tidak dibuat memandangkan keadaan suspek dalam keadaan cedera parah dan sukar bergerak. Prosedur lanjut akan diambil setelah keadaan stabil.
Sebelum ini, Caricarz.com ada melaporkan seorang penunggang 'superbike' jenis Ducati maut akibat terjatuh dari jejambat SUKE berhampiran Ulu Kelang.
Kejadian berlaku selepas seorang penunggang motosikal bertindak menunggang secara lawan arus.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8404
SELANGOR
BSR1874
JOHOR
JYB4316
PULAU PINANG
PSD3597
PERAK
APJ4435
PAHANG
CFG9012
KEDAH
KGG6974
NEGERI SEMBILAN
NEK7493
KOTA KINABALU
SJS6015
KUCHING
QAB674P
Terakhir Kemas Kini 28 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Wanita Maut Dilanggar Pemandu Positif Dadah
Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah selepas kereta yang dinaiki mereka dirempuh pemandu lalok dadah
18-11-2024
Polis Pun Guna Honda!
PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.
13-02-2024
AWAS Kaum Lelaki, Jangan Suka Hati Kencing Di Tempat Awam
Hati-hati buat mereka yang suka kencing di merata tempat/
21-11-2023
Nyawa Sudah Melayang, Bila Isu Jalan Berlubang Nak Selesai?
Penunggang motosikal maut selepas terlanggar jalan berlubang.
20-11-2023
Ramai Masih Keliru
Nampaknya, orang ramai masih keliru dengan cukai jalan dan lesen memandu digital.
08-11-2023
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
