Tahniah Toyota, Kereta Makin Laku

Pada bulan lepas, UMW Toyota Motor mencatatkan jualan jumlah keseluruhan sebanyak 8,004 unit. Angka ini adalah jumlah gabungan jualan kereta Toyota dan Lexus.
Ini bermakna jualan UMW Toyota Motor mencatatkan peningkatan sebanyak 8 peratus iaitu 39,990 unit berbanding 36,972 unit yang direkodkan pada Mei 2022.
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata "Toyota mempunyai strategi berbilang laluan untuk mencapai sifar karbon.
“Perkara itu jelas terbukti melalui rangkaian kuasa hijau kami yang masing-masing dibangunkan untuk memenuhi keperluan unik pelanggan di pelbagai bahagian dunia.

Bagi Malaysia, kami percaya HEV adalah yang paling sesuai untuk rakyat Malaysia, mengambil kira sumber bahan api untuk penghasilan tenaga elektrik kami dan ketersediaan infrastruktur pengecasan di luar pusat bandar di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Kami akan menambahkan lebih banyak model HEV pada tahun 2023,”katanya dalam satu kenyataan.
Bagi yang tidak tahu, UMWT sudah memperkenalkan contoh unit Toyota bZ4X yang, untuk menjalankan penyelidikan pasaran dan penilaian teknikal.
Langkah itu seiring dengan strategi Toyota untuk mencapai sifar karbon dengan menawarkan pelbagai pilihan; termasuk kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV), dan kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Dalam perkembangan lain,, Lexus RX generasi kelima juga telah dilancarkan pada bulan lepas.
Dibina menggunakan Toyota New Global Architecture (TNGA) versi GA-K yang canggih, RX terkini adalah 90 kg lebih ringan daripada pendahulunya, menawarkan prestasi dan kecekapan bahan api yang lebih baik, dengan waranti selama lima tahun tanpa had jarak yang menyenangkan hati.

Lexus RX ditawarkan dalam varian RX 350 Luxury, dengan harga jualan runcit RM 468,888 (atas jalan tanpa insurans).
Untuk maklumat lanjut, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat