ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Tak Lama Lagi M'sia Pun Dapatlah Tu, Mazda CX-60

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Mazda CX-60 telah membuat penampilan sulungnya di pasaran ASEAN pada awal minggu ini dimana Filipina menjadi pasaran serantau yang pertama menerima SUV bersaiz sederhana premium ini.

Untuk makluman anda, Bermaz Auto Filipina telah membawa masuk dua varian CX -60 ke negara itu.

Terdapat varian  petrol dan diesel dimana kedua-duanya dikuasakan dengan tetapan hibrid ringan (MHEV) dan kotak gear automatik 8-kelajuan.

image.png

SUV diesel ini yang diimport sepenuhnya dari Jepun digandingkan dengan e-Skyactiv-D pengecas turbo 3.3 liter 6 silinder yang berfungsi seiring dengan sistem MHEV 48 volt.

Ia menjana kuasa setakat 251 hp dan 550 Nm dan mampu memecut dari  0 hingga 100 km/j hanya dalam 7.3 saat.

Sementara itu bagi varian yang menggunakan petrol, ia juga dikuasakan dengan enjin e-Skyactiv-G pengecas turbo 3.3 liter 6 silinder selain digabungkan dengan sistem MHEV yang sama seperti yang terdapat dalam varian diesel.

Bagi varian petrol pula, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 280 hp dan tork 450Nm serta mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 6.9 saat iaitu 0.4 saat lebih pantas daripada kembar dieselnya.

CX-60 juga dilengkapi dengan pemasangan double wishbone hadapan, manakala gandar belakang mendapat persediaan multi-link suspensi.

image.png

Dari segi penampilan, CX-60  Filipina kelihatan hampir sama dengan rakan sejawatannya di Eropah, kerana ia masih menampilkan rekaan signatur Kodo   yang menjadi falsafah rekaan pengeluar dari Jepun itu. 

Terdapat gril hadapan hitam berkilat yang besar serta diapit oleh lampu depan LED. 

image.pngimage.png

Lampu belakangnya juga menerima lampu LED, manakala terdapat empat ekzos sekali gus membuatkan SUV ini kelihatan lebih sporty.

Dari sisi, anda boleh melihat CX-60 memakai lambang yang dipasang pada fender hadapan yang menandakan kiraan silinder enjin ('sebaris 6'), serta siluet SUV segi empat sama dan kotak biasa. 

image.pngimage.png

Selain itu, CX-60 dipasang dengan roda aloi aluminium bersaiz 20-inci yang menampilkan reka bentuk  bilah berkembar dengan lima jejari.

Menjengah bahagian dalamannya pula,  CX-60 dilengkapi dengan reka bentuk kabin yang cukup mewah kerana menampilkan pelbagai jenis bahan premium. 

image.pngimage.png

Terdapat tiga skrin iaitu paparan infotainmen tengah bersaiz 12.3 inci yang menawarkan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay. 

Dua lagi skrin yang dimaksudkan instrumen digital bersaiz 12.3 inci dan Paparan Head-Up (HUD) bersaiz 10.4 inci.

Menyentuh mengenai tempat duduk hadapannya pula, ia didatangkan dengan fungsi pengudaraan, seperti yang ditunjukkan oleh upholsteri kulit berlubang.

image.png

CX-60 ini juga masih dilengkapi dengandail fizikal yang mudah dicapai manakala kawalan untuk paparan infotainmennya diletakkan di konsol tengah berhampiran tuil gear. 

Lebih menarik, ruang butnya seluas 570 liter membuatkan ia adalah antara yang terbesar berbanding model Mazda yang lain.

image.png

Bagi ciri-ciri keselamatan pula, ia hadir dengan sistem ADAS yang lengkap, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), Amaran Perlepasan Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA), Amaran Trafik Lintas Depan (FCTA) dan sebenarnya ada banyak lagi. 

Di Filipina, varian petrol dijual pada harga  RM230,336 manakala varian CX-60 Turbo-D Sport  pula berharga  juta RM238,592.

Di sebalik pelancarannya di ASEAN, ia kini menimbulkan persoalan bilakah SUV mewah ini akan membuat penampilan pertamanya di Malaysia?

image.png

Buat masa ini, CX-60 kini boleh didapati di beberapa pasaran pemanduan kanan (RHD), terutamanya di UK dan Jepun.

Apakah pula pendapat anda tentang Mazda CX-60? 

Adakah anda mahu melihat Bermaz Auto menambah SUV mewah ini ke dalam barisan tempatannya?

Tinggalkan komen anda di bawah ruangan komen ini!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-11-2023
Berita Auto

16-01-2023
Berita Auto

11-11-2022
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

03-09-2025
Kereta Baru

03-09-2025
Kereta Baru

11-06-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.