ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Voyah Dream 9 merupakan model MPV mewah terkini daripada Dongfeng yang dijadualkan menemui pengguna pada 22 September ini.

Ia bukannya akan dilancarkan di Malaysia tetapi di China esok. Bagaimanapun, kami difahamkan jentera ini akan menembusi pasaran Malaysia pada suku pertama tahun depan.

image.png

Kenderaan ini hadir dalam pilihan varian PHEV dan BEV dengan tanda harga anggaran bermula dari 429,900 yuan (kira-kira RM260,000). Sambutan luar biasa diterima apabila ia meraih lebih 30,000 tempahan sebaik dibuka.

Rekabentuk Luaran Eksklusif dan Dimensi Luas

Dari sudut luaran, Voyah Dream 9 mengetengahkan gaya gril menegak "Dragon Scale" bersama lampu projektor pintar Huawei Xpixel. MPV flagship ini berukuran 5,325 mm panjang dengan jarak roda 3,200 mm. Pengguna boleh memilih daripada enam warna menarik berserta reka bentuk badan dua tona yang elegan.

image.png

Teknologi Kabin Canggih dan Sistem Pemanduan Pintar

Bahagian dalaman dikuasakan oleh sistem kokpit HarmonySpace6. Baris kedua menampilkan tempat duduk "aviation-grade" dengan mod sifar graviti serta fungsi urutan. Dari aspek keselamatan, model ini menggunakan 37 penderia termasuk LiDAR untuk menyokong sistem pemanduan pintar Huawei Qiankun ADS 5.0.

image.png

Prestasi Enjin dan Teknologi Casis "Huju P"

Voyah Dream 9 dibina di atas platform 800V yang menyokong pengecasan pantas 5C (20% ke 80% dalam 12 minit). Varian PHEV menawarkan jarak elektrik tulen WLTC 300 km, manakala versi BEV mencapai 701 km. Lebih menarik, ia turut dilengkapi casis pintar "Huju P" dengan suspensi udara tiga kebuk dan stereng roda belakang 10 darjah untuk kawalan optimum.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-02-2026
Global

02-04-2025
EV

24-02-2025
EV

22-01-2024

Berita Terkini

Global
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global
iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.