ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Hilux Akan Guna Enjin Diesel MHEV?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Toyota-Hilux-GR-Sport_.jpg

Toyota Australia dilaporkan telah mengesahkan bahawa trak pikap generasi baru Toyota Hilux 4x4 yang akan dilancarkan pada tahun hadapan (2024) akan menampilkan varian yang menggunakan hibrid ringan baharu (MHEV) diesel sebagai salah satu pilihan.

Varian ini akan dikuasakan oleh bateri 48V untuk menggerakkan motor-penjana elektrik kecil. Teknologi MHEV tersebut akan dipadankan dengan enjin turbo-diesel 4-silinder 2.8L yang kini digunakan Hilux, gabungan sistem ini menjanjikan peningkatan kecekapan bahan api sehingga 10%.

Menurut Toyota Australia, MHEV baharu ini memiliki keupayaan pemanduan yang lebih baik dan kadar NVH yang lebih rendah, memberikan lebih keselesaan kepada bukan sahaja pemandu tetapi juga kesemua penumpang. Ia juga masih mengekalkan keupayaan tundaan sehingga 3,500 kg. 

CariCarz_Toyota-Hilux-GR-Sport_-3.jpg

Toyota Australia turut menambah bahawa penggunaan teknologi MHEV 48V pada trak Hilux ini menunjukkan komitmen Toyota untuk "mengurangkan penggunaan bahan api pada kenderaannya tanpa mengorbankan prestasi dan keupayaan yang diinginkan oleh pelanggan."

Walaupun belum disahkan buat masa ini, model Hilux generasi seterusnya di Australia mungkin akan menggunakan teknologi MHEV pada varian lebih tinggi yang ditawarkan di pasaran negara tersebut iaitu 4x4 SR5 dan Rogue Double Cab.

Bila Hilux MHEV Akan Tiba Di Pasaran Malaysia?

Kehadiran Hilux MHEV di pasaran lain, termasuk negara kita, masih tidak pasti. Berkemungkinan besar, bukanlah dalam masa yang terdekat memandangkan negara kita sudah jauh ketinggalan berbanding Australia yang telah menerima Hilux baharu lebih awal. 

CariCarz_Toyota-Hilux-GR-Sport_-6.jpg

Bagaimanapun, tidak mustahil untuk negara kita menerima Hilux separa elektrik ini lebih awal sekiranya mendapat permintaan tinggi daripada peminat Hilux di Malaysia. 

Apa pendapat anda mengenai trak pikap Toyota Hilux dengan sistem elektrik ini? Adakah anda tertarik dengan trak ini? Atau adakah anda lebih menyukai versi elektrik sepenuhnya (BEV) atau hidrogen FCEV?

Kongsikan komen di ruangan yang disediakan di bawah. 

CariCarz_Toyota-Hilux-GR-Sport_-2.jpg


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQY5930

SELANGOR

BSQ2476

JOHOR

JYW9747

PULAU PINANG

PSC4159

PERAK

APH5640

PAHANG

CFG5547

KEDAH

KGG1256

NEGERI SEMBILAN

NEK4532

KOTA KINABALU

SJR9999*

KUCHING

QAB7970N

Terakhir Kemas Kini 22 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

04-08-2025
Gaya Hidup

27-05-2025
Global

02-01-2025
Kereta Baru

16-08-2024
Global

20-03-2024
Global

02-02-2024
Berita Auto

08-12-2023
Global

16-08-2023

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.