Toyota Yaris Cross Dilancar, Ada 6 Varian, Cukup Lah Tu!

Toyota Yaris Cross secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Indonesia pada minggu ini iaitu sebulan selepas membuat penampilang sulungnya di negara itu.
Untuk itu, enam varian ditawarkan kepada para pelanggan dimana harganya bermula dari RM109,000 dan RM140,000.
Berikut adalah senarainya:
1. Yaris Cross 1.5 G M/T (RM 109,000)
2. Yaris Cross 1.5 G CVT –(RM 113,000)
3. Yaris Cross 1.5 S CVT –(RM 127,000)
4. Yaris Cross 1.5 S CVT GR Sport –(RM 130,000)
5. Yaris Cross Hybrid 1.5 S CVT –(RM137,000)
6. Yaris Cross Hybrid 1.5 S CVT GR Sport – (RM 140,000)
Bagi varian yang disumbat dengan enjin petrol, ia menggunakan enjin 1.5-liter Dual VVT I 4-silinder dengan output 106 PS and 138 Nm.
Sementara itu, dua varian hibrid pula, ia disumbat dengan enjin 1.5 liter dimana enjin petrolanya mampu menghasilkan kuasa 91 PS dan 121 Nm manakala kuasa yang dihasilkan menerusi motor elektriknya pula boleh mencecah 80 PS dan 141 Nm.

Jadi tidak hairanlah mengapa kapasiti tangki bahan api varian hibrid ialah 36 liter, iaitu kurang daripada enjin petrol yang mampu memuatkan 42 liter.
Bahagian elektriknya juga disumbat dengan cengkaman motor elektrik serta bateri jenis litium-ion.
Varian petrol dan hibrid juga berkongsi kotak gear CVT automatik tetapi untuk varian asas 1.5 G, ia menggunakan kotak gear manual lima-kelajuan.
Varian asas ini amat disukai rakyat Republik itu kerana kosnya yang agak marhaen.
Ia yang dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) iaitu platform yang sama digunakan oleh Perodua Ativa-Daihatsu Rocky-Toyota Raize termasuk generasi keempat Vios, Yaris Ativ, Perodua Alza-Toyota Veloz dan Perodua Axia-Toyota Agya-Daihatsu Ayla
Apapun, model berspesifikasi Indonesia ini dihasilkan secara tempatan oleh di mana ia mempunyai 80 peratus ciri-ciri tempatan dalam pengeluarannya.
Apa yang penting, walaupun model itu dikeluarkan di ASEAN namun Toyota tetap mengeksport model itu ke negara-negara Amerika Latin.
Dari segi saiznya, ia sepanjang 4,310 mm, selebar 1,770mm dan setinggi 1,615 mm manakala jarak roda ada 2,620 mm.


Secara standard, ia dilengkapi dengan lampu depan LED dengan lampu belakang DRL dan LED.
Sebaliknya, varian S dibezakan dengan penggunaan roda aloi 18-inci dan bukannya 17-inci yang dilihat dalam varian G, pengaktifan lampu depan automatik, serta pintu belakang berkuasa.

Terdapat juga sensor kaki bagi memudahkan membuka bonet kereta sekiranya membawa barang.
Bagi varian GR Sport ia dipasang dengan bumbung kaca panoramik dan ada juga pelindung matahari sebagai kit standard.
Antara kelengkapan lain ialah paparan infotainmen 10.1 inci yang menawarkan "kesambungan telefon pintar tanpa wayar", paparan instrumen TFT digital 7 inci, pengecas wayarles dan kawalan iklim automatik.

Selain itu, terdapat juga pencahayaan ambien pelbagai warna untuk kotak konsol dan juga trim pada pintu hadapan.
Menyentuh mengenai ciri keselamatan, Yaris Cross di Indonesia dilengkapi dengan Brek Elektronik Parkir, dengan fungsi auto hold, enam beg udara, Kawalan Kestabilan kKenderaan (VSC), sistem brek automatik (ABS), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), dan Pemantau Titik Buta.


Lain pula bagi varian spesifikasi tinggi iaitu S. Varian ini pula dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) dan sistem bantuan ADAS.
Ini bermakna ia merangkumi Amaran dan Brek Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik), Amaran dan Pengelak Keluar Lorong, kawalan jelajah adaptif, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan, Kawalan Kekal Lorong dan Lampu Tinggi Automatik.

Menerusi pelancaran Yaris di Indonesia, ia memberi bayangan mengenai penampilan SUV Perodua D66B baharu nanti.

Dikhabarkan, Perodua bakal mengeluarkan SUV D66B segmen-B pada tahun ini? Nantikan pengumuman PERODUA.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
UMW Toyota Jual Hampir 9,000 Unit Pada Julai 2025, Umum Kempen Bulan Kemerdekaan
UMWT mengumumkan pencapaian jualan pada Julai 2025 yang cukup memberangsangkan iaitu mencecah 8,877 unit kenderaan.
07-08-2025
Dilancar: Toyota Yaris GR 2025, Transmisi 8AT -RM325,600
UMWT kini menawarkan Toyota Yaris GR 2025 dengan transmisi 8AT.
28-04-2025
Bukan Calang-Calang, Toyota Dedah Toyota Yaris M Concept, Enjin Turbo 2.0L Dipasang Tengah-Tengah
Toyota sekali lagi berjaya mencuri perhatian para pengunjung pada pameran Tokyo Auto Show 2025 baru-baru ini, apabila syarikat tersebut mendedahkan sebuah prototaip Toyota Yaris M Concept.
14-01-2025
Toyota Yaris Cross Bakal Dilancarkan Di Malaysia Tahun Ini? Apa Yang Boleh Dijangka?
UMW Toyota Motor (UMWT) dijangka akan memperkenalkan Toyota Yaris Cross tahun ini.
06-08-2024
Toyota Laku Keras
Jualan keseluruhan pada suku pertama 2024 kini meningkat kepada 47,000 unit.
16-07-2024
Toyota Yaris G Limited – Versi Sporty Ini Terhad 600 Unit, Hanya RM99,600
Toyota Yaris G Limited kini ditawarkan di Malaysia, ini ciri berbeza yang terdapat pada model ini...
25-04-2024
Baru 2 Bulan, Toyota Dah Jual Lebih 13K Kereta
UMW Toyota Motor (UMWT) mendedahkan bahawa 7,480 unit kereta terjual pada bulan lepas
07-03-2024
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

