ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Toyota Yaris Cross Dilancar, Ada 6 Varian, Cukup Lah Tu!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png


Toyota Yaris Cross secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Indonesia pada minggu ini iaitu sebulan selepas membuat penampilang sulungnya di negara itu.

Untuk itu, enam varian ditawarkan kepada para pelanggan dimana harganya bermula dari RM109,000 dan RM140,000.

Berikut adalah senarainya:

1. Yaris Cross 1.5 G M/T (RM 109,000)

2. Yaris Cross 1.5 G CVT –(RM 113,000)

3. Yaris Cross 1.5 S CVT –(RM 127,000)

4. Yaris Cross 1.5 S CVT GR Sport –(RM 130,000)

5. Yaris Cross Hybrid 1.5 S CVT –(RM137,000)

6. Yaris Cross Hybrid 1.5 S CVT GR Sport –  (RM 140,000)

Bagi varian yang disumbat dengan enjin petrol, ia  menggunakan enjin 1.5-liter Dual VVT I 4-silinder  dengan output 106 PS and 138 Nm. 

Sementara itu, dua varian hibrid pula, ia disumbat dengan enjin 1.5 liter dimana enjin petrolanya mampu menghasilkan kuasa 91 PS dan 121 Nm manakala kuasa yang dihasilkan menerusi  motor elektriknya pula boleh mencecah 80 PS dan 141 Nm.

image.png

Jadi tidak hairanlah mengapa kapasiti tangki bahan api varian hibrid ialah 36 liter, iaitu kurang daripada enjin petrol yang mampu memuatkan 42 liter. 

Bahagian elektriknya juga disumbat dengan cengkaman motor elektrik serta bateri jenis litium-ion.

Varian petrol dan hibrid  juga berkongsi kotak gear CVT automatik  tetapi untuk varian asas 1.5 G, ia menggunakan kotak gear manual lima-kelajuan.

Varian asas ini amat disukai rakyat Republik itu kerana kosnya yang agak marhaen.

Ia yang dibina berdasarkan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) iaitu platform yang sama digunakan oleh Perodua Ativa-Daihatsu Rocky-Toyota Raize termasuk generasi keempat Vios, Yaris Ativ, Perodua Alza-Toyota Veloz dan  Perodua Axia-Toyota Agya-Daihatsu Ayla 

Apapun, model berspesifikasi Indonesia ini dihasilkan secara tempatan oleh di mana ia mempunyai 80 peratus  ciri-ciri tempatan dalam pengeluarannya. 

Apa yang penting, walaupun model itu dikeluarkan di ASEAN namun Toyota tetap mengeksport model itu ke negara-negara Amerika Latin.

Dari segi saiznya, ia sepanjang 4,310 mm, selebar 1,770mm dan setinggi 1,615 mm manakala jarak roda ada 2,620 mm.

image.pngimage.png

Secara standard, ia dilengkapi dengan lampu depan LED dengan lampu belakang DRL dan LED.

Sebaliknya, varian  S dibezakan dengan penggunaan roda aloi 18-inci dan bukannya 17-inci yang dilihat dalam varian G, pengaktifan lampu depan automatik, serta pintu belakang berkuasa.

image.png

Terdapat juga sensor kaki bagi memudahkan membuka bonet kereta sekiranya membawa barang.

Bagi varian GR Sport ia dipasang dengan bumbung kaca panoramik dan ada juga pelindung matahari sebagai kit standard.

Antara kelengkapan lain ialah  paparan infotainmen 10.1 inci yang menawarkan "kesambungan telefon pintar tanpa wayar", paparan instrumen TFT digital 7 inci, pengecas wayarles dan kawalan iklim automatik.

image.png

Selain itu, terdapat juga pencahayaan ambien pelbagai warna untuk kotak konsol dan juga  trim pada pintu hadapan.

Menyentuh mengenai ciri keselamatan, Yaris Cross di Indonesia dilengkapi dengan Brek Elektronik Parkir, dengan fungsi auto hold, enam beg udara, Kawalan Kestabilan kKenderaan (VSC), sistem brek automatik (ABS), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), dan Pemantau Titik Buta. 

image.pngimage.png

Lain pula bagi varian spesifikasi tinggi iaitu S. Varian ini pula dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) dan sistem bantuan  ADAS.

Ini bermakna ia merangkumi Amaran dan Brek Pra-pelanggaran (brek kecemasan automatik), Amaran dan Pengelak Keluar Lorong, kawalan jelajah adaptif, Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan, Kawalan Kekal Lorong dan Lampu Tinggi Automatik.

image.png

Menerusi pelancaran Yaris di Indonesia, ia memberi bayangan mengenai penampilan SUV Perodua D66B baharu nanti.

image.png

Dikhabarkan, Perodua bakal mengeluarkan SUV D66B segmen-B pada tahun ini? Nantikan pengumuman PERODUA.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6672

SELANGOR

BSU3751

JOHOR

JF6008J

PULAU PINANG

PSG3768

PERAK

APM1938

PAHANG

CFJ624

KEDAH

KGJ4442

NEGERI SEMBILAN

NEM2580

KOTA KINABALU

SJU5242

KUCHING

QAB7460P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-06-2024
Kereta Baru

25-04-2024
Berita Auto

28-11-2023
Kereta Baru

18-09-2023
Kereta Baru

09-05-2023
Global

04-04-2023
Global

10-03-2023
Berita Auto

22-11-2022

Berita Terkini

Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026
Global

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta

Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.

30-09-2026
Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K

pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.

29-09-2026
Global

MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran

MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?

23-09-2026
Global

EV Pertama Arab Saudi Dilancar: CEER EXOBOT

Agaknya masuk tak Malaysia?

22-09-2026
Global

Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia

Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.

21-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.