ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

VW-Golf-R333-3.jpg
Volkswagen Golf R 333


Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 setelah teaser model ini dikeluarkan bulan lalu. Model edisi terhad ini hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit seperti waktu pelancarannya di Jerman, jam 3.33 petang, waktu tempatan. 


Model R yang dihasilkan khas ini dikuasakan oleh enjin TSI 2.0L 4-silinder berpengecas turbo yang mengeluarkan kuasa yang sama seperti ‘tema’ yang diketengahkan, 333 PS (329 hp)/420 Nm. Kuasa disalurkan kepada semua roda (AWD) melalui transmisi dwi-klac (DCT) 7-kelajuan. Model ini boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 4.6 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 270 km/j. 


Model ini ditawarkan dalam warna kuning Lime Yellow Metallic yang kontra dengan warna kemasan hitam lain. Elemen berwarna hitam dapat dilihat pada bahagian bumbung, perumah cermin sisi, spoiler belakang, logo R pada fender depan, gril dan bibir hadapan, diffuser belakang dan sudut grafik “333” pada bahagian atas skirt sisi.


VW-Golf-R333-4.jpg
VW-Golf-R333-11.jpgVW-Golf-R333-9.jpg


Dibina berdasarkan varian tertinggi, Golf R Performance, model ini dipasangkan dengan kelengkapan premium seperti lampu depan LED matriks dan lampu belakang LED. Namun, yang membuat model R 333 ini istimewa adalah sistem ekzos quad Akrapovic dengan peredam titanium, serta rim Estoril berukuran 19 inci dalam warna hitam yang elegan, bersama kaliper brek berwarna biru yang besar tersembunyi di sebaliknya.


VW-Golf-R333-10.jpgVW-Golf-R333-8.jpg

VW-Golf-R333-12.jpg


Bergerak ke bahagian dalam kabin, dashboardnya kelihatan premium dalam balutan bercorak karbon, di sini juga terdapat plak kecil yang tertulis nombor unik kereta. Kedua-dua stereng R dan tempat duduk R yang sporty dibalut dengan kulit Nappa yang dikemaskan dengan jahitan berwarna biru. Konsol tengah pula dilapisi dengan warna hitam berkilat. Hadir melengkapkan lagi kabin ini ialah sistem audio premium Harman Kardon 480-watt. 


VW-Golf-R333-6.jpgVW-Golf-R333-1.jpg
VW-Golf-R333-2.jpgVW-Golf-R333-7.jpg


Dari segi keselamatan, R 333 dilengkapkan dengan ciri ADAS seperti kawalan jelajah adaptif (ACC) dengan fungsi henti-dan-mula, bantuan lorong, bantuan kecemasan, bantuan perjalanan dan sistem kamera belakang. 


VW-Golf-R333-5.jpg


Dengan hanya ada 333 unit dikeluarkan, Volkswagen Golf R 333 edisi terhad ini hanya ditawarkan di Jerman pada harga bermula dari €76,410 (sekitar RM376,322). Ini menjadikan Volkswagen Golf R 333 hampir €20,000 lebih mahal berbanding varian Golf R Performance yang dijual pada harga €57,985 (sekitar RM285,542).


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7360

SELANGOR

BSU9305

JOHOR

JH1733J

PULAU PINANG

PSH2985

PERAK

APM7928

PAHANG

CFJ3684

KEDAH

KGJ7458

NEGERI SEMBILAN

NEM5428

KOTA KINABALU

SJV1074

KUCHING

QAB9647P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

01-06-2023
Global

07-05-2023
Global

28-01-2025
Global

15-01-2025
EV

16-03-2024
EV

14-03-2024
Berita Auto

13-03-2024

Berita Terkini

Global

Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia

Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.

06-11-2026
Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.